Selasa, 30 Jun 2009

Orbit dalam Al-Quran

Ketika menerangkan mengenai bulan dan matahari dalam Al-Qur'an, ianya ditekankan bersama bahawa setiap satunya mempunyai laluan orbit tertentu;

"Dia yang menjadikan malam dan siang, matahari dan bulan, setiap mereka berenang di falak (tempat peredarannya)." (Surah al-Anbiya; 33)

Dalam ayat lain dinyatakan juga bahawa matahari sebenarnya bukan objek yang statik tetapi juga mempunyai orbitnya tertentu;

"Dan matahari beredar di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan yang maha Perkasa dan maha Mengetahui." (Surah Yaasin;38)

Fakta yang dikemukakan dalam Al-Qur'an ini telah ditemui melalui pemerhatian astronomi hari ini. Berdasarkan kepada kiraan pakar-pakar astronomi, matahari bergerak dalam kelajuan yang besar selaju 720, 000 km sejam mengarah ke bintang Vega dalam satu orbit tertentu dalam sistem Solar Apex. Ini bererti matahari bergerak sejauh 17,280,000 km sejam secara anggaran. Bersama-sama dengan matahari, dan semua planet dan satelit yang berada dalam lingkungan sistem graviti matahari (sistem solar) juga turut bergerak pada jarak yang sama. Sebagai tambahan, semua bintang dalam alam semesta adalah berada dalam satu persamaan pergerakan yang telah ditentukan.

BACA ARTIKEL PENUH

Antara dua darjat

Isu hangat di Berita TV kisah cadangan penyatuan PAS dan UMNO.Kalau dari segi positifnya memang baik kerana dapat menyatukan Melayu Islam di Malaysia tetapi bolehkan mereka bersatu sedangkan dasar perjuangan parti kedua-duanya yang jelas berbeza.

Kalau dari kaca TV, UMNO bersikap positif dalam cubaan pertubuhan Kerajaan Perpaduan ni tetapi di belah satu lagi menjadi sedikit perselisihan antara pemimpin-pemimpinnya iaitu Timbalan Presiden Nasharudin Isa dan Tok Guru Nik Aziz.

Manakala Dalam satu sidang media yang diadakan di lobi Parlimen semalam, 10 MP Pas mendatangani satu kenyataan menyokong pendirian Tok Guru menolak cadangan kerajaan perpaduan dengan Umno.

"Kami bersetuju PAS perlu mengukuhkan hubungannya dengan komponen Pakatan Rakyat dan kami menolak kerjasama dengan Umno," kata Dr Hatta.

Saya malas nak cerita politik ni tetapi saya kongsikan slide politik yang menunjukkan perbezaan perjuangan PAS dan UMNO yang bertajuk "Antara dua darjat".

DOWNLOAD KLIK DI SINI

Cari duit dengan facebook

Facebook biasanya tempat orang bersosial di alam cyber, mencari teman dan sebagainya. Facebook juga adalah laman komuniti sosial yang paling terkenal di Malaysia sekarang sudah melebih Myspace dan Friendster. Jadi pengguna di Malaysia ini amat ramai apa lagi jika di dunia. Maka peluang untuk buat duit internet adalah amat luas jika kita tahu cara cari duit internet dengan facebook ini.

Saya sudah membaca ebook ini, terima kasih kepada richie yang membuat ebook ini yang diterangkan secara detail dan penuh teknikal bagaimana cari duit internet dengan facebook yang tak terjangkau dek fikiran saya. Tahniah kepada beliau kerana mengajar kita cari duit internet dengan facebook yang istimewanya ianya berbahasa melayu 100% saya percaya dengan kuasa viral yang mampu kita buat dengan facebook berbanding dengan jumlah penggunanya di seluruh dunia.

Ok, kalau anda hendak tahu bagaimana caranya cari duit internet dengan facebook boleh layari link ini:

http://www.KuasaVFB.com/

Isnin, 29 Jun 2009

Datuk Allahyarham Sudirman



Gelaran Datuk kepada Arwah sebenarnya tidak memberi sebarang makna kepada beliau. Baik ramai-ramai kita sedekah Al-fatihah kepada Allahyarham Sudirman semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
Teringat lagu 'ding ding galey' yang menjadi nyanyian semasa kecil dulu.

PEKAN: Penyanyi Allahyarham Sudirman Arshad hari ini dianugerahkan Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang membawa gelaran "Datuk" sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-78 Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pada 24 Okt tahun lepas.
Anugerah yang disampaikan oleh Sultan Ahmad Shah dalam satu istiadat di Balairong Seri Istana Abu Bakar di sini diterima oleh kakak sulung penyanyi itu, Datin Rodziah Arshad.

Sudirman, anak kelahiran Temerloh, meninggal dunia pada 22 Februari 1992 pada usia 37 tahun.
Rodziah ketika ditemui pemberita melahirkan rasa terharu di atas penghargaan itu.
"Walaupun Allahyarham telah lama tiada, namun anugerah ini melambangkan beliau masih diingati dan dihargai sehingga kini," katanya.

Katanya beliau bercadang untuk menyerahkan anugerah darjah berkenaan ke Muzium Tokoh di Kuantan dan akan membincangkannya dengan ahli keluarga.

Kunci kereta jadi senjata

Kunci kereta jadi senjata, bukan untuk perempuan sahaja lelaki pun boleh apabila cuba diragut.

Ahad, 28 Jun 2009

Sudahkah Lakukan 11 Perkara Kepada Anak² Anda?

Tanggungjawab ibubapa mendidik anak-anak bermula dari buaian hingga ke liang lahad. Dibawah ini disertakan 1-11 perkara yang perlu ibubapa lakukan untuk menjadikan anak-anak soleh dan solehah. Adalah menjadi kewajipan ibubapa membentuk keluarga Islam supaya menjadi role model kepada anak-anak apabila mereka dewasa kelak.

1. Cinta Dan Taatkan Allah, Rasul, Al-Quran, Ibubapa, Keluarga Dan Negara.
Ibubapa bertanggungjawab sepenuhnya menyemai, mengasuh dan membimbing anak-anak supaya mencintai Allah dan Rasulnya. Sifat cinta kepada Allah dan Rasul mestilah mengatasi cinta kepada makhluk yang lain. Ini dijelaskan oleh sabda rasulullah s. a. w.

Maksudnya : “Seseorang muslim dijamin akan mendapat kemanisan iman sekiranya terdapat pada dirinya tiga perkara berikut. Hendaklah Allah dan Rasulnya lebih ia cintai daripada selain keduannya, hendaklah ia tidak mencintai seseorang melainkan semata-mata kerana Allah dan hendaklah ia benci untuk menjadi kufur sebagaimana ia benci untuk dicampakkan ke dalam api neraka”.
Riwayat Bukhari & Muslim

Imam at-Tabrani meriwayatkan dan Ali r. a. bahawa Nabi s. a. w. bersabda:Maksudnya : “Didiklah anak-anak kamu pada tiga perkara iaitu mencintai Nabi kamu, mencintai ahli baitnya dan membaca Al-Quran. Sebab orang-orang yang memelihara Al-Quran itu berada di dalam lindungan singahsana Allah pada hari yang tidak ada perlindungan selain perlindunganNya beserta para nabinya dan orang-orang yang suci”.
Riwayat Ad-Dailami

Di dalam buku Ihya ‘Ulumiddin Imam Al-Ghazali mewasiatkan supaya mengajar anak-anak Al-Quranul Karim, hadis-hadis Nabi, hikayat orang-orang alim dan beberapa hukum-hukum agama.

Maka apabila perasaan cinta kepada Allah dan RasulNya telah tertanam di dalam jiwa anak-anak, ibubapa mudah untuk mendidik dan menyuruh mereka mentaati segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya terutamanya cinta dan taatkan Al-Quran, ibubapa keluarga dan pemimpin negara.

BACA ARTIKEL PENUH

Guru Yang Tidak Percaya Kewujudan Tuhan

Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal...

Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan?
Murid-murid : Ada cikgu.

BACA ARTIKEL PENUH

Nasi lemak 7 Eleven









( Teks di bawah ini telah di susunkan semula untuk keselesaan pembaca, tanpa mengubah atau menambah mna² ayat, ianya kekal sama seperti yang di ceritakan. -disebaliknyakebenaran- )

Dari blog Isu hangat,

Salam semua,

Kepada pengemar nasi lemak yg selalu membeli nasi lemak d 7-eleven di Selangor, saya nasihatkan hentikan tabiat anda itu..

pagi tadi saya singgah kat kedai husband saya dan ternampak satu kedai makan "cha ya nun alif" ni and tgk ada seorang chinese girl tgh potong sayur di sebelahnya anjing tgh dok hidu sayur2 dia tu, tetiba tergerak hati nk tya husband saya...

Ini restoran ke apa?
pastu hubby sy ckp dia terlupa nk cerita kt saya.. tempatnya saya terpaksa rahsia kan.. mintak maaf sbb atas sebab2 keselamatan awam.. heheheh

Menurut hubby saya ini bukan restoran tp tempat packing nasi lemak + bihun goreng utk di pasarkan ke 7 eleven seluruh selangor...

Owner ni dpt contract 3 tahun ngan 7 eleven....pekerjanya ramai Indon....salah sorang Indon kt tempat tu cerita kt hubby saya nasi lemak yang dia org proses halal...barang2 pun dari sumber2 yg halal...

Tapi masalahnya tgh mengoreng nasi lemak pun ada anjing kt kaki apa hal.....so tepuk dada tanya iman....

Pada pandangan saya memg x halal sebab x menjaga kebersihan langsung...mcm mana nk halal anjing kiri kanan.....

So moralnya lebih baik beli nasi lemak yg di jual melayu kita di kaki2 lima tuh......

Wallahualam..
( disebaliknyakebenaran masih lg menyiasat kebenaran ini, jd same² la kita pikirkan sendiri mane yg elok utk kita.. -ajai- )

Jumaat, 26 Jun 2009

Abu Dhabi

Gambar bandar Abu Dhabi.


Koleksi penuh di blog HOT PICTURES

Gambar Manohara didera

Adakah benar foto ini Manohara sememangnya atau hanya sinetron sahaja. Berikut adalah gambar-gambar dari blackberry Manohara yang dikatakan diambil dari bulan Mac hingga April 2009.





Undang-undang Seluruh Dunia

Setiap negara mempunyai undang-undang dan keunikan mereka tersendiri berdasarkan keputusan yang dibuat oleh pemimpin mereka. Mungkin undang-undang mereka sesuai untuk negara mereka sahaja . Hanya mereka yang tahu kenapa sesuatu undang-undang itu di cipta.

THAILAND :
* Dilarang keluar rumah tanpa memakai seluar dalam.

SWISS :
* Dilarang berkebun di hari minggu.

SWEDIA :
* Dilarang mengecat rumah tanpa izin dari kerajaan dan harus menggunakan cat yang sudah mendapat sertifikasi dari mereka.

KOREA SELATAN :
* polis wajib melaporkan jumlah wang rasuah yang mereka terima dari para pemandu yang ditahan.

SINGAPURA :
* Tidak flusk jamban setelah buang air di toilet, dikenakan denda.

BACA ARTIKEL PENUH

Lawak pendek

LEMAH BI
Ayah : Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah?
Anak : Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyak kat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila turn adik jer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.

SUDU
Doktor : Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.
Pesakit : Eh! tak boleh la doktor.Doktor : Kenapa?
Pesakit : Rumah saya ada dua sudu jer.

Marahkan nyamuk, rambut dibakar

Kenapa dengan mamat ni? Main bakar-bakar rambut pula.Ini bukan upacara agama, bomoh, ajaran sesat, fahaman kaum dan sebagainya...


Dia sebenarnya sedang memotong rambut! Tidak boleh dipanggil tukang gunting mungkin sesuai dipanggil tukang bakar.... huhuhuhu.....

Koleksi gambar penuh di STRANGE WORLD

Jangan percaya sangat iklan di surat khabar

Berhati-hati kenkawan,ingat nak tambah duit tapi duit kita yang lebur.Menurut mereka yang menjadi mangsa syarikat berkenaan berada di Jalan Raja Chulan dan di Imbi Plaza, Kuala Lumpur. Berhati-hatilah.

Hajat mahu dapat duit lebih dengan buat kerja sambilan tetapi malangnya menjadi mangsa sindiket penipuan.

Demikianlah nasib tiga sekawan sebuah kolej di ibu negara yang masing-masing kerugian hampir RM200 setiap seorang angkara ditipu sebuah syarikat yang kononnya menawarkan kerja dari rumah.

Lebih menghampakan tiga sahabat itu menggunakan wang yang sepatutnya diguna membeli buku bagi membayar "deposit" kepada syarikat itu.

Seorang mangsa yang mahu dikenali sebagai Tan, 19, berkata, tawaran kerja dari rumah itu mula menarik perhatiannya selepas dia terbaca satu iklan dalam sebuah akhbar bulan lalu.

Menurut beliau, hajatnya membuat kerja sambilan adalah bagi menampung perbelanjaan pengajiannya di kolej dan mengurangkan beban terhadap keluarganya.

Kerja yang ditawarkan mudah iaitu hanya menyunting bahan yang diberi melalui penyimpan memori dan gaji yang ditawarkan mencecah sehingga RM750 bagi tempoh seminggu

Khamis, 25 Jun 2009

Kereta jadi besi buruk

Kereta makin lama makin tiada harga. Jika 10 tahun dulu kereta berharga RM120k, sekarang mungkin berharga RM20k.

Pengguna terpaksa menanggung kerugian kereta lama jika hendak trade in bertukar kereta baru. Nak buat camana dah keadaan ekonomi sekarang ni bukanlah masa yang sesuai untuk menukar kereta.

Bersabarlah dengan kereta lama anda, kalau nak jual pun tak laku terpaksa lah dijual ke besi buruk dari dibiarkan tersadai di tepi jalan...

Kang Majlis nampak dihumban ke tong sampah... hoho


Apa perasaan bila cinta anda berbalas?

Apakah perasaan anda pabila cinta anda ditolak..?
Dan apa perasaan bila cinta anda berbalas?
Tambahan yang membalas cintamu adalah Yang Maha Perkasa..ALLAH Rabbul Jalil.

Disini ku titipkan beberapa tanda anda dilamun cinta dengan yang Maha Pencipta.

* Anda suka untuk bertemu dengan-Nya. Tak sabar untuk bertemu. Tak berjumpa sesaat seolah-olah anda jadi tak menentu. Persiapan dibuat setiapa kali sebelum bertemu-Nya.

* Mendahulukan-Nya lebih dari yang lain. Dia mengatasi yang lain. Segala kehendaknya anda utamakan dan yang dilarangnya anda cepat-cepat menjauhkan diri.

* Gembira bila bersama-Nya. Ingin sentiasa bersama walaupun di mana anda berada. Susun kata indah hendak bertemu. Ayat-ayat cinta kau luahkan pada-Nya sebagai pujian ke atasnya.

* Tidak sedih kehilangan segalanya kerana cintamu terhadap-Nya melebihi segalanya. Biarlah semuanya hilang dan tiada asalkan anda tak kehilangan ISLAM .

* Merasa nikmat melakukan ketaatan terhadap perintahn-Nya. Membela agamanya sudah cukup membuatkan anda merasa nikmat di dunia.

* Tegas terhadap mereka yang menghina Islam. Apatah lagi yang melanggar apa yang disuruh-Nya.

Itulah sedikit tanda-tanda anda dilamun cinta bersama-Nya. Adakah cinta anda berbalas? Atau anda dalam dilema cinta si dia atau yang Maha Pencipta?

Moga kita mendapat cinta dari-Nya. Terkadang dalam hidup ini kita perlu korbankan nikmat yang sedikit untuk mendapat yang lebih besar.

WALLAHualam...

Dasar laut


Gambar dasar laut di atas bukanlah akuarium tetapi adalah tilam! Amat sesuai semasa cuaca panas sekarang ni..

Koleksi gambar di STRANGE WORLD

-

3 patah perkataan

Ada sorang cikgu pompuan yg mengajar B. Inggeris utk thn 1. Dia bagi assignment kat murid-murid suruh cari 3 perkataan Inggeris dan kemukakan pada hari isnin nanti.

Ada sorang anak murid cikgu itu pun berjalan balik kerumah. Dalam perjalanan balik, dia nampak sepasang suami isteri keluar dari kereta dan sedang menjerit pada satu sama lain. Dia terdengar lelaki tu menyergah "Shut up you !!". Sampai rumah dia tanya bapa dia, "'shut up you' tu bahasa Inggeris ke?" Bapa dia kata, iye. Dapat dah satu perkataan, ingat budak tu.

Lepas mandi dan makan, dia tengok tv cerita Superman. Masa Superman nak terbang dia kata "Superman !!!" dia tanya bapa dia lagi, "'superman' tu bahasa inggeris jugak ke" dan bapa dia kata "yes". Dua perkataan dah, kata budak tu. Lepas tengok tv, dia ke perpustakaan. Dia nampak ada sorang lelaki dan sorang pompuan sedang bertengkar berebut buku. Pompuan itu kata "Ladies first".

Balik rumah dia tanya lagi dan bapa dia kata itupun bahasa inggeris. Ah, leganya kata budak itu.

"aku dah dapat carik ke semua perkataan B.I tu!!

Hari Isnin dia ke sekolah, cikgu tanya dia tentang perkataan baru.

Cikgu: "OK boy, did you get the words?
"Budak: "Yes, teacher".
Cikgu: "Good, what is your first word?
"Budak "Shut up you!!"
Cikgu: "What did you say? Are you mad? Who do you think you are?
Budak: " Superman !!!"
Cikgu: "Bloody fool! Get out from this class!"
Budak: "Ladies First!!"

UBAT DICARI, PENCEGAH DILUPAI


Semua manusia inginkan kehidupan yang aman dan sejahtera. Ramai yang bimbang apabila melihat peningkatan indeks jenayah di Malaysia. Apatah lagi apabila melihat saban hari di dada-dada akhbar berita berkaitan jenayah dan masalah sosial yang tidak pernah henti-henti bahkan semakin membarah dalam Malaysia.

Ianya dijangka meningkat dalam keadaan ekonomi negara dan dunia yang masih belum stabil. Apabila berlakunya masalah sedemikian, pelbagai seminar dan wacana diadakan. Ramai yang berpandangan bahawa hukuman berat mesti dilaksanakan bagi mengatasi masalah ini.

USRAH PELIK BIN AJAIB....

Baru tadi saya berusrah dengan ahli-ahli usrah baru dengan pendekatan yang lebih berbeza. Saya katakan kepada mereka, saya sangat suka membuat eksperimen dalam usrah. Saya suka mengkaji dan belajar tentang psikologi manusia yang pelbagai.

Maka saya akan terus dan terus berusrah dengan manusia yang pelbagai sifat dan kedudukan. Namun, belum terlintas dalam diri saya untuk berusrah sebegini pelik. Lepas solat maghrib, saya sempat menekan kekunci untuk mengunjungi beberapa blog. Dengan pelbagai berita yang baru dan menyeronokkan, saya turut terhibur bila berkunjung ke politikbanjar.blogspot.com.

Tersentuh hati saya. Ya, Allah, pelik bin ajaib. Usrah bersama dengan non-Muslim. Saya tercabar. Justeru, mulai sekarang saya akan tanamkan azam dan iltizam untuk membuat yang lebih baik dari ini insyaALLAH....

BACA ARTIKEL PENUH

AlhamduLILLAH, Ahmadinejad menang

Mahmoud Ahmadinejad mengekalkan jawatan sebagai Presiden Iran setelah memenangi pemilihan Presiden, sabtu lalu. Ahmadinejad mendapat 62.63 % undi manakala Mir Hossein Mousavi, hanya mendaapat 33.75 % .

Ahmadinejad boleh dikatakan satu-satunya pemimpin negara Islam yang berani dengan lantang menentang Amerika Syarikat, manakala lawannya Mir Hossein Mousavi pula mempunyai dasar perundingan dengan Amerika.

Ahmadinejad juga dilihat seorang yang zuhud, beliau sering dilihat tidak mengisahkan status sebagai seorang Perdana Menteri dan bersikap seperti rakyat biasa seperti tidur di atas karpet, sembahyang di tepi jalan dan sembahyang bercampur dengan rakyat biasa tanpa pengawal peribadi.






Luqman dan tiga pelacur

Kisah Luqman yang bijaksana ada termaktub dalam surah al-Luqman dalam al-Quran. Pengarang kitab Al-Kasyaf menjelaskan, dia adalah Luqman bin Baa'ura'. Hidup selama 1000 tahun, sehingga berjumpa dengan Daud a.s belajar ilmu dan pengetahuan daripadanya. Ibnu Abbas berkata bahawa Luqman bukan Nabi, juga bukan Raja, namun seorang penggembala, berkulit hitam, yang kemudian diberi kurnia kemerdekaan dan ilmu pengetahuan.

Diriwayatkan oleh Sai'id bin Amir, ia berkata: " Telah bercerita kepada kami, Abu Ja'far, 'Luqman Al-Habasy' adalah seorang budak milik seorang lelaki. Suatu ketika dia dibawa ke pasar untuk di jual kepada seorang lelaki yang hendak membelinya, Luqman berkata:"Apa yang akan kamu lakukan terhadap diriku (setelah kamu beli nanti)?" Jawab lelaki itu, "Kamu akan ku suruh melakukan ini dan itu." "Aku mohon kepadamu agar mengurungkan niatmu untuk membeliku!" pinta Luqman. Sikap ini selalu diperlihatkan oleh Luqman kepada para calon pembelinya hingga datanglah calon pembeli lainnya. "Apa yang hendak kamu lakukan terhadap diriku (setelah kamu membeliku nanti)?" kata Luqman. "Kamu akan kuberi tugas sebagai penjaga rumahku," jawab lelaki calon pembelinya itu. "Jika demikian, aku mahu kamu beli!" kata Luqman.

BACA ARTIKEL PENUH

Jambatan-jambatan terunik di dunia
















Jambatan di atas ialah Pedestrian Bridge di Texas. Lihat artikel penuh di : STRANGE WORLD

Eja mengaku dah berkahwin

Eja sudah berani membuat pengakuan yang dia sebenarnya sudah berkahwin sejak 12 tahun lalu dan kini sedang mengandung empat bulan.

Wah lamanya Eja berahsia. Mesti Eja ada sebab tertentu untuk mentup perkahwinannya daripada masyarakat umum tetapi apa hukumnya berkata belum berkahwin sedangkan sudah berkahwin ya? Ya la perkahwinan boleh disorok tetapi tidak bagi perut yang semakin membesar kan.

walau apa pun, disebaliknyakebenaran ucapkan tahniah kepada Eja kerana bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.



betol ke ni gambar perkahwinan Eja...??

Menghiasi kubur


Larangan dari Rasulullah shallallaahu 'alaihi wasallam:

Dari Jabir radhiyallahu 'anhu, dia berkata,

"Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam telah melarang kuburan dikapur(di simen), dijadikan tempat duduk, dan juga didirikan bangunan diatasnya." (Hadith Riwayat Imam Muslim)

Dan membawa bunga-bungaan / jambak-jambak bunga dan seumpamanya bersamajenazah adalah diharamkan yang telah menular di kalangan orang-orang Islam kerana mengikuti adat-adat orang kafir dan Melayu kuno dalam upacara-upacara jenazah mereka. Juga keranaperbuatan tersebut boleh mensia-siakan harta tanpa faedah dan memberi makna bermegah-megah dan berbangga.

Manakala hukumnya adalah haram jika kubur dibina menggunakan marmar (marble) dan seumpamanya, kerana amat berlawanan dengan ajaran RasuLULLAH ShalLALLAH 'Alaihi Wa Sallam, juga kerana terdapat pembaziran harta yang ditegah syarak serta terdapat sifat bermegah dan menunjuk yang amat dimurkai ALLAH SUBHANAHUWATA'LA.

Wallahualam..

Rabu, 24 Jun 2009

Filem Islamik dari Hollywood


Traitor walau pun dalam bahasa Melayu adalah pengkhianat adalah sebuah filem Hollywood yang islamik. Pengarahnya orang Islam juga barisan pelakonnya.

Filem ini bukan seperti biasa propaganda Barat kerana filem yang menerangkan secara detail tentang Islam.

Jika ingin mendownload filem tersebut melalui torrent, di bawah link filem tersebut tapi tengoklah di pawagam untuk menyokong industri filem yang Islamik.




Datin Rosmah Mansor guna bomoh?

Video pendedahan Datin Rosmah Mansor , wanita pertama Malaysia menggunakan bomoh kini menjadi isu hangat di alam cyber.

Pengakuan beberapa individu termasuk dari anak, adik beradik, saudara , orang gaji Datin Rosmah dalam klip video ini menjadi tanda tanya adakah benar apa yang mereka ceritakan itu.

Datin Rosmah sepatutnya mengambil tindakan samada menafikan atau mengambil tindakan jika individu-individu ini adalah berbohong kerana pasti Datin Rosmah mengenali semua mereka. Jika ini semua fitnah janganlah berdiam diri kerana rakyat pun nak tahu juga. Bawalah kes ini ke mahkamah jika Datin di pihak yang benar.

*Maaf, video ini tidak dapat di siar kan disini kerana masalah teknikal..

Atau boleh layari :-

http://www.youtube.com/watch?v=2vP2wDVBtvA

Taubat seorang pondan

Ceritanya adalah berkisar kepada kisah Ayu.( nama sebenarnya Hamdan ). Ayu adalah seorang mak nyah ataupun Pondan maupun Ponen bahkan juga suatu masa dulu lebih dikenali sebagai Bapok yang berkerja di sebuah syarikat swasta (nama dirahsiakan) diibu negara sebagai Operator cum penyambut tetamu.

Semasa Ayu mula menjejakkan kakinya di KL, beliau tinggal bersama teman sekampungnya yang bernama Ayob di Hulu Klang. Namun, apabila Hamdan.. oopssss ... Ayu mula menukar selera dan cara hidupnya akibat terlalu taksub dengan gaya kehidupan kota metropolitan yang cukup mencabar lantaran memilih cara pemakainnnya menjadi seorang 'wanita'.

Penampilan baru nya cukup disenangi oleh mata-mata gatal jantan-jantan miang kota raya. Sekali pandang keayuannya memang terserlah lengguk langkahnya boleh membuat yang lumpuh pun bangun berlari apatah lagi kalau skirt pendeknya kegemarannya terselak bak tiupan angin ganas kenderaan yang sentiasa mundar mandir macam-macam ada. Pak Abu pun boleh simpan ketayap dalam poket dulu.

Keterampilan ini pun kadang-kadang membuatkan Ayob yang memang telah mahir dengan asal usul Ayu pun tak tertahan takut-takut ada yang patah katil bujang nanti sabun pulak jangan cerita lah sejak-sejak kebelakangan ni, asyik kehabisan stok saja. Demi keselamatan dan menjaga maruah dan nama baik kampong mereka Ayu telah berpindah keluar dari rumah sewanya tak sama line lah braderrrr.

BACA ARTIKEL PENUH

Rumah untuk dijual

Rumah untuk dijual dengan balkoninya yang mempunyai pemandangan yang indah.



















Lain -lain rumah untuk dijual di blog STRANGE WORLD

Mati hidup semula

TANGAN saya kiam. Tubuh saya kaku dan mulut saya bisu. Saya cuba gerakkan anak-anak jari tetapi langsung tidak boleh menguit. Tubuh pula dibungkus kain kapan dan saya sedang terbaring dalam liang lahad. Beberapa biji tanah kepal diletak di bawah kepala.

Kubur yang saya diami itu terasa amat sempit dan tidak selesa. Hanya anak mata saya saja boleh bergerak-gerak ke kiri dan kanan serta menjeling ke hujung kaki, manakala badan kaku bagai diikat dan dihimpit sesuatu.Saya ternampak tali yang mengikat kain kapan di hujung kaki sudah terurai. Saya cuba meronta-ronta, tidak berjaya.

Hati saya merintih sambil berkata: " Ya Allah, Engkau cabut nyawaku ketika aku masih muda dan tak sempat bertaubat! Kenapa ya Allaaah!!!??"Saya cuba menjerit, suara saya tidak terkeluar. Entah berapa kali saya merintih dan mengadu dengan Allah. Saya menyesal kerana banyak melakukan dosa semasa di dunia. Paling saya kesal dosa saya memukul dua orang guru yang pernah mendidik saya.

Saya pernah tampar seorang guru hanya kerana mereka berkasar dengan saya. Begitu juga saya pernah pukul seorang lagi guru di sebuah sekolah berasingan atas alasan yang sama. Perbuatan itu amat saya kesali.

Kalau boleh hidup kembali ke dunia, saya ingin bertaubat dan memohon ampun kepada dua orang guru tersebut. Saya benar-benar berasa berdosa.Tidak sedar saya menangis teresak-esak mengenangkan perbuatan lampau saya. Segala perbuatan saya itu berpunca daripada kebodohan saya menuntut ilmu sesat dengan seorang tok guru. Ilmu yang saya miliki itu menyebabkan saya jadi angkuh. Konon sayalah yang paling kuat.

Baca artikel penuh di ARTIKEL HANGAT

Kisah seorang Tan Sri

Dalam sebuah majlis, seorang usahawan berbangsa Cina yang juga bergelar Tan Sri sedang ditemuramah oleh seorang wartawan. Duduk berdekatannya adalah 2 orang jurutera, anak beranak berketurunan India yang bekerja dengan syarikat Tan Sri tersebut. Berikut adalah perbualan mereka,

Tan Sri: Kerajaan perlu bertindak adil dalam pengagihan kek ekonomi negara. Tidak boleh ada diskriminasi terhadap kaum bukan Melayu. Kontrak antara orang Melayu dan bukan Melayu mesti diberikan sama rata demi keadilan. Lagipun bangsa kami banyak menyumbang kepada kemajuan negara walaupun kami digelar sebagai kaum pendatang. Setelah bersusah payah semenjak sebelum merdeka, maka wajarkah kami dinafikan hak sebagai warganegara. Orang Melayu perlu lebih berkompromi dengan kaum lain untuk maju. Liberalisasi perlu dilaksanakan dengan meluas dalam semua sektor demi mencapai kesamarataan antara kaum.

Wartawan: Tan Sri, boleh saya tahu sudah berapa lama 2 orang jurutera ini bekerja dengan Tan Sri?

Tan Sri: Oh... sudah lama. Praba ni dah bekerja dengan saya hampir 30 tahun sejak syarikat ni ditubuhkan lagi. Malah anaknya pun sekarang bekerja dengan saya lebih 10 tahun. Mereka ini adalah pekerja saya yang paling berdedikasi dan banyak menyumbang kepada kemajuan syarikat.

Wartawan: Kalau begitu, apa kata Tan Sri berikan sebahagian saham syarikat ni kepada mereka berdua. Lagipun mereka sudah lama bekerja dengan Tan Sri, malah banyak menyumbang kepada syarikat sepertimana kata Tan Sri tadi.

Tan Sri: Eh.. mana boleh! Ini syarikat saya. Lagipun saya dah bayar gaji yang mahal kepada mereka berdua dan saya tak pernah halang pun jika mereka nak kumpul harta. Mana boleh senang-senang saya nak bagi saham syarikat saya pada mereka.

Wartawan: Macam tu jugalah perasaan Melayu. Tanah ini asalnya milik orang Melayu. Milik raja-raja Melayu. Lepas tu orang bukan Melayu macam Tan Sri pulak nak mintak hak sama rata dengan alasan kerana telah banyak menyumbang.. Tan Sri rasa wajar atau tidak permintaan tu?

Kisah di atas merupakan sedutan daripada kisah benar yang berlaku dalam sebuah majlis perasmian kilang di Gemas, Negeri Sembilan.

Maklumat Penyakit Influenza

Sehingga kini disahkan telah banyak kes pesakit H1N1 dikesan di Malaysia.

Klik atas gambar untuk zoom in

Pelajar perempuan kes pertama H1N1 di Johor

(NUSAJAYA) Seorang pelajar perempuan berusia 19 tahun disahkan mangsa pertama penyakit Influenza A (H1N1) di Johor selepas pulang dari Melbourne, Australia, dua hari lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Masyarakat dan Kesihatan Johor Dr Robia Kosai berkata pelajar itu yang menaiki penerbangan SQ0238 Singapore Airlines dan mendarat di Lapangan Terbang Changi, Singapura, mengalami demam dan selesema apabila tiba di rumahnya di Johor Baharu.

"Pelajar itu berada di Melbourne sejak enam bulan lalu pulang ke rumahnya untuk bercuti. Dia kini berada di Hospital Sultanah Aminah untuk pengawasan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dr Robia berkata keluarga pelajar itu termasuk bapa, ibu, adik lelaki berusia 16 tahun dan adik perempuan berusia 17 tahun sedang dikuarantin selama seminggu di rumah mereka.

Turut dikenakan kuarantin di rumah adalah pemandu teksi, berusia 36 tahun,yang membawa pelajar itu pulang ke rumahnya.

Dr Robia berkata nenek pelajar perempuan itu meninggal dunia akibat sakit tua pagi ini dan keluarga itu dengan pengawasan kakitangan Jabatan Kesihatan akan dibantu bagi urusan melawat dan pengebumian supaya mereka tidak terdedah kepada orang awam lain.

Beliau berkata kakitangan Jabatan Kesihatan turut akan dihantar ke sekolah kedua-dua adik mangsa iaitu Sekolah Menengah Datuk Jaafar dan Sekolah Menengah Infant Jesus Convent kerana kedua-duanya bersekolah semalam.

"Kita akan siasat kedua-dua sekolah tersebut untuk mengelak sebarangkemungkinan jangkitan virus tersebut," katanya. -HMETRO 24/06/2009 ( RABU )

Sisters In Islam patutkah diharamkan?

Cadangan PAS supaya mengharamkan Sisters in Islam mendapat reaksi dari pertubuhan itu sendiri yang meminta PAS mengkaji semula cadangan tersebut.


Sisters In Islam yang juga dikenali sebagai SIS membuat kenyataan secara terbuka yang membantah isu pengharaman tomboy yang di buat Majlis Fatwa Kebangsaan. Ternyata SIS yang dianggotai oleh anak bekas Perdana Menteri berfahaman moden dan sekular.




Shukery Hashim meninggal dunia


Pelakon filem dan drama, Shukery Hashim, 55 meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di Cheras, kira-kira jam 1 tengah hari tadi (10 Jun 2009). Shukery dimasukkan ke HUKM pada 4 Mei lalu untuk menjalani rawatan lanjut selepas pembedahan barah pankreas selama enam jam di Hospital Selayang pada 24 April lalu. - HMetro

Inalillah, takziah kepada keluarga arwah. Hari ini hari beliau esok lusa mungkin kita pula dijemput pulang... Alfatihah buat Arwah Shukery Hashim..

Selasa, 23 Jun 2009

Manohara didera - Fitnah atau realiti??

MANOHARA menunjukkan telefon bimbit BlackBerry yang mempunyai gambar-gambar dia didera pada satu sidang akhbar di Jakarta baru² ini..



Berita kes penderaan Manohara oleh kerabat diraja Kelantan menjadi semakin panas yang melibatkan dua negara. Sedangkan isu kononnya pencerobohan tentera Malaysia di Pulau Ambalat juga masih panas lagi.

Walau bagaimana pun kes dera Manohara menimbulkan pelbagai spekulasi dan keraguan lebih-lebih lagi selepas Manohara dikatakan berhibur di Pulau Bali selepas lari melalui Singapura.

Gambar Manohara dan bekas teman lelakinya yang bernama Ryan ketika di Singapura menjadi tandatanya sehingga dikata oleh blogger Indonesia sendiri kes Manohara seperti "drama".

Walau bagaimana oleh kerana kes ini menjadi kes Polis baik saya tidak berani komen apa-apa.



Cium ketiak pasangan

Bau ketiak pasangan anda adalah yang terbaik.....

Bau ketiak atau badan yang masam dan tengik mungkin merupakan sesuatu yang tidak selesa bagi sesetangah orang terutamanya wanita. Tapi percayalah bahawa bau badan lelaki merupakan bau lelaki yang sejati yang menjadi sesuatu yang "ingin" dihidu oleh kebanyakan wanita. Bau yang dikeluarkan oleh rongga peluh lelaki adalah bau asli yang boleh menarik dan menguja nafsu wanita. Ianya boleh merangsang nafsu berahi wanita. Minyak wangi lelaki yang paling mahal dan paling disukai wanita adalah dibuat dari esktrak bau badan lelaki. Ini adalah lerana bau semulajadi lelaki atau wanita adalah bau yang merangsangkan pasangannya. Bau ini adalah sebahagian dari penjodohan sesuai atau lebih popular disebut sebagai "chemistry".

Benarkah bau ketiak lelaki juga mampu menjadi penawar kepada gejala tekanan yang dialami oleh wanita?Kenyataan ini dikeluarkan oleh Bahagian Biologi Manusia di University Pensyvania beberapa tahun lalu. Kajian dilakukan di sana membuktikan bahawa peluh lelaki membantu kaum wanita menurunkan tekanan, memberikan ketenangan dan melancarkan perjalanan haid.

Menurut laporan Jurnal Biology of Reproduction America sebelum ini, bau ketiak lelaki yang sengaja " diproses" daripada lelaki yang tidak memakai deodoran digunakan sebagai bahan ujikaji bagi mencari bukti bahawa hidung wanita boleh "digoda" dengan bau lawan sejenisnya.

Dalam uji kaji yang dilakukan, wangian semulajadi itu kemudian di sapukan ke atas bibir puluhan wanita berumur 25 dan 45 tahun tanpa memberitahu ia adalah bau peluh lelaki dan hanya diberitahu bahawa mereka sedang menguji satu aroma wangian tersebut.

Enam jam pertama selepas itu, skala mood wanita yang di sapu wangian yang diperbuat daripada peluh ketiak lelaki tersebut diukur.Hasilnya sungguh unik. Selain boleh mencerahkan mood, wangian ketiak lelaki ternyata dapat membuatkan wanita menjadi kurang tegang

Isnin, 22 Jun 2009

Pesanan Imam Ghazali

Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?

Murid 1 : Orang tua
Murid 2 : Guru
Murid 3 : Teman
Murid 4 : Kaum kerabat

Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali : Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?

Murid 1 : Negeri Cina
Murid 2 : Bulan
Murid 3 : Matahari
Murid 4 : Bintang-bintang

Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Imam Ghazali : Apa yang paling besar didunia ini ?

Murid 1 : Gunung
Murid 2 : Matahari
Murid 3 : Bumi
Murid 4 : ? ?

Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al Araf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

IMAM GHAZALI : Apa yang paling berat didunia?

Murid 1 : Baja
Murid 2 : Besi
Murid 3 : Gajah
Murid 4 : ? ?

Imam Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

Imam Ghazali : Apa yang paling ringan di dunia ini ?

Murid 1 : Kapas
Murid 2 : Angin
Murid 3 : Debu
Murid 4 : Daun-daun

Imam Ghazali : Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat.

Rabu, 17 Jun 2009

Harga gula bakal naik lagi

Harga gula bakal naik lagi... Alasan kali ni lagi bijak, selain dapat mengurangkan kadar obesiti dan kencing manis tetapi subsidi tidak sampai kepada golongan yang disasarkan. Tetap tidak ketinggalan juga alasan harga negara kita yang paling rendah berbanding negara lain...

Para peniaga yang peka tentang isu ni mulalah nak sorok gula la tuh..

Pada korang yang suka makan gula tu, sabar² la ye... tak pun tanam je tebu di belakang rumah.. huhuhu...

Susah Jadi Anjing Zaman Sekarang

Koleksi gambar "susahnya jadi anjing zekarang ni" di TODAY'S JOKE

Kung Fu kucing

Kalau yang ikuti filem² kung fu, biasa dengar kung fu mabuk, kung fu naga dan sebagainya. Yang ni pula kung fu kucing, tetapi kucing berkung fu.. Bukan gambar photoshop tetapi gambar² yang dirakam secara tak sengaja.

Lihat koleksi gambar² kucing berkung fu di HOT PICTURES COLLECTION

Kilang Toyota di Japan

Orang Jepun memang kuat disiplinnya. Kira displin ni dah jadi budaya diaorang la, macam makanan asasi, tak boleh nak tinggalkan. Selain dari tu budaya kerja kuat diaorang pun patut dicontohi. Kerana budaya rajin bekerja ni la timbul budaya karaoke pula nak kasi release tension bekerja.

Sebab tu Tun Dr M dulu suruh pandang ke Jepun, sebab tu banyak kilang/organisasi yang mengamalkan budaya 5's, QCC dan sebagainya. Tapi yang paling berjaya kita tiru ialah budaya berkaraoke gamaknya. Sampai sambil memandu pun boleh karaoke , hebatkan orang kita, karaoke mengalahkan orang Jepun.

Lihat gambar² di kilang Toyota, Jepun. Memang amalan 5's cukup kuat...
HOT PICTURES COLLECTION.

Menginstall Iman Akibat Virus Merah Jambu

Pernah tidak kamu buka komputer hati, dan menemui sebuah virus yang mengacau program-program dan file-file di komputer hati kita? Virus yang bagaimana? Virus yang sentiasa buat hati tidak tenang namun suka dan cemburu tapi cinta. Kalau pernah, pasti virus itu virus merah jambu. Nak tahu virus apa itu?

Virus merah jambu atau virus cinta adalah salah satu jenis virus ganas yang mengakibatkan penyakit hati pada diri kita, dapat merambat ke seluruh network tubuh dan sangat sulit dihilangkan. Dari berbagai kes yang pernah ditemui, ternyata virus ini banyak ditemui pada usia-usia remaja sekitar umur belasan tahun. Lebih tepatnya virus ini banyak menjangkiti para TEENAGER yang tidak punya sistem pertahanan berupa software Iman.

Tapi survey juga membuktikan bahwa walaupun remaja-remaja tersebut memiliki software Iman, namun kerana jarang membuka file C:ImanCintaIlahi. Exe atau file C:ImanRajinIbadah. doc yang berada dalam paket software tersebut, maka akhirnya remaja-remaja tersebut terkena juga dengan didahului pertahanan iman yang cenderung menurun, dan virus merah jambu tersebar ke seluruh komputer hati mereka.

Next, kalau sudah begitu, apa yang terjadi? Maka mulailah virus ini bekerja mengacaukan sistem, program-program, dan file-file kita dengan selalu menampilkan gambar syaitan yang tertawa lebar, gembira melihat kegagalan kita meraih redha-Nya. Namun banyak juga yang suka dengan penampilan syaitan tersebut. Yang pada akhirnya virus ini membuat `hang' pusat sistem otak saraf dan akal mereka. Yang kalau itu terjadi, maka virus ini akhirnya dapat mengalahkan sistem otak saraf dan akal yang kita miliki. Menomborsatukan cinta pada sesama manusia, dan menomborduakan cinta pada Ilahi.

Tapi apakah itu semua dapat dicegah bagaimana caranya? Yang mesti kamu lakukan pertama, iaitu hilangkan dulu file-file yang dapat menjadi pintu masuk virus ini, misalnya file cintadunia.exe. Lalu memasukkan disket anti virus yang berisi file sahsiah.exe yang akan membersihkan sedikit demi sedikit virus cinta sampai ke akar-akarnya bila file tersebut dijalankan. Kalau anti virus tersebut tidak berhasil, maka kamu perlu menginstall kembali software imanmu. Kamu boleh pergi ke pusat-pusat yang menawarkan installer iman. Atau kamu boleh beli disket installer berisi file Aqidah.exe atau Imankuat.doc. Kalau sudah berhasil diinstall, pastikan komputer hatimu bekerja dengan normal kembali. Dan supaya tidak berulang kembali, maka seringlah membuka file dakwah.exe dan ukhuwwah.doc agar hati kita sentiasa jernih.

Rumah lain dari yang lain

Kalau manusia, fesyen rambut boleh membuatkan lain dari yang lain, sebab tu rambut remaja dan yang tak berapa nak remaja tu buat fesyen yang pelik-pelik yang kucing pun tak sanggup nak buat.

Kalau pakai tudung kan senang, tak payah nak berfesyen-fesyen sangat.. untuk perempuan la, kalau lelaki nak pakai tudung juga apa kejadahnyakan? Tapi.........tudung pun pelbagai fesyen juga, kalau tudung macam budak sekolah pakai tu jarang sangat dah jumpa perempuan pakai tudung jenis ni. Old fashion katanya.. paling sangkak pun tudung macam cerita Indonesia tu, senang dipakai,ringkas dan pendek hohoho. Kalau tudung bawal makin nipis makin mahal tau ...makin nampak telinga tu makin ada klas gitu....

Setau saya, yang Nabi suruh ialah tudung yang menutup dada, berwarna yang tak menarik macam kelabu,hitam,coklat .. tapi diaorang kata...ooiii tu tudung orang tualah! Entahlah..korang fikirlah sendiri!

Tapi yang ni saya nak tunjukkan gambar² bumbung rumah yang sememangnya lain dari yang lain, sebenarnya tak kisah la kita nak buat ape pun kat rumah kita, orang kata rumah ku syurga ku.. tapi lau dah sampai tahap macam ni punya bumbung, Yusof Haslam pun tak berani nak buat.. huhuhu...

Lihat gambar² rumah di STRANGE PICTURES

Doa Amalan Waktu Pagi

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Kami sambut kedatangan hari ini dengan kesyukuran kepadaMu. Sempurnakan nikmatMu untuk kami pada hari ini dan kekalkanlah nikmatyang telah engkau kurniakan kepada kami selama ini dan kurniakankelazatan untuk kami dalam mengecap akan segala nikmat yang dikurniakankepada kami.

Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Kami memohon kepada Mu akan nikmat secukup-cukupnya, memohon kesihatan semulia-mulianya, memohon rezeki semewah-mewahnya, memohon rahmat dannikmat sebanyak-banyaknya, memohon anugerah sebaik-baiknya, memohonsifat lemah lembut yang sehalus-halus Hikmahnya, memohon amal yang sebenar-benar faedahnya.

Aminn...

Peminat Roti Canai

Seorang sahabat saya yang mengambil kursus Sport Science dari UPM memberitahu sekiranya kita mula bekerja pada umur 20 tahun dan makan sebiji roti canai setiap hari, kita mungkin tidak akan hidup sehingga umur 55 tahun. Kenapa?

Sebiji roti canai mengandungi kalori sama dengan 5 KM berjogging. Maknanyasekiranya kita jogging sejauh 5 km, lepas tu kita sapu sebiji roti canai serupalah kita tak jogging langsung. Dah tu kadang-kadang sapu sampai 2 biji dan langsung tak jogging. Selain dari itu, terdapat so much oil in roti canai.

Nak uli tepung, taruh minyak, nak canai, taruh minyak, nak goreng taruh minyak. Dah tu, minyak tukang roti pun masuk sekali (peluh dia). Bila kita exercise, kita peluh. Penyakit keluar bersama peluh, itu pasal kita sihat bila berpeluh. Sekarang, kita makan tukang roti canai punya penyakit pulak.

Lagi satu, jangan makan roti canai yang tukang buatnya pakai cincin sebelah kiri. Faham-faham ajelah.

Selasa, 16 Jun 2009

AlhamduLILLAH...

Di saat waktu berhenti... kosong,
Dimensi membutakan mata memekakkan telinga,
Lalu diri menjadi hampa,
Saat paradigma dunia tak lagi digunakan utk menarka,
Sadarku akan hadirMu,
Mematahkan sendi² yg biasanya tegak berdiri..

Ult li albi bissaraha ( Aku membuka hatiku dengan kejujuran / I'm opening up my heart with honesty )
Hayya nab'idil karaha ( Hindarilah kebencian dan dendam / Let's avoid the hated and hatred )
Syakkireena a' kulli na'ma ( Marilah kekalkan syukur dgn apa yg kita ada / Let's remain thankful with what we have )
Ba' ideena anil fattana ( Hindarilah segala penipuan dan dosa² )

Merenungi luar jendela,
Mengagumi kebesaran yg Maha Esa,
Ku menilai kehidupan dari sudut berbeza,
Tak memadai hanya kecapi rasa selesa,
Mahukan harta yg mampu beli satu semesta,
Berpesta ke pagi botol bergelimpangan,
Kekasih muda bukan takat berpegang tangan,
Harta dan jamuan nafsu tidak berkekalan,
Bila menjelang tua bukan itu jadi bekalan,
Dan jangan puisi ini disalah tafsir pula,
Bukan berkhutbah cuma betuli diri jua,
Ingin hidup sempurna,
Asset nilai berjuta,
Saling tukar wanita,
Senyum dan mati tua,
Bakat dikurnia jangan disalah guna,
Jangan kufuri nikmat yg diberi percuma,
Guna kelebihan utk khidmat bersama,
Jagalah nama,
Hidup penuh pementasan dan drama,
Ada berisi ada yg kurus,
Ada melencong ada yg lurus,
Bukan semuanya tulus,
Ada sempurna ada kurang upaya,
Ada yg jadi buta hanya bila sudah kaya,
Sebesar rumah bermula dengan sekecil bata,
Boleh hilang dalam sekelip mata,
Ucaplah AlhamduLILLAH bukannya sukar,
Kerna semana kaya atau besar,
Tetap Allahuakbar...

Ult li albi bissaraha ( Aku membuka hatiku dengan kejujuran / I'm opening up my heart with honesty )
Hayya nab'idil karaha ( Hindarilah kebencian dan dendam / Let's avoid the hated and hatred )
Syakkireena a' kulli na'ma ( Marilah kekalkan syukur dgn apa yg kita ada / Let's remain thankful with what we have )
Ba' ideena anil fattana ( Hindarilah segala penipuan dan dosa² )

Jadikanlah ku tentera FisabiLILLAH,
Yang tertera di kalimah harap memanduilah,
Kita apabila persimpangan tiba,
Hidup penuh dengan rintangan harus ku hadapinya,
Harap ku tidak lupa diri bila gembira,
Dan cuma mula mencari Kau di saat hiba,
Ku cuma manusia penuh dgn kesilapan,
Tapi bisa membezakan cahaya dan kegelapan,
Tabah bila dikalangan duri onak dan cubaan,
Teguh bila dicubakan pengaruh kuasa dan perempuan,
Sentiasa legar diminda,
Dikejar dan dipinta,
Dr zaman bermula,
Hingga ke akhirnya,
Ku mengerti siapa ku tanpa Mu disisi,
Dan apa guna posessi juga posisi,
Sementara ini cuma hanya puisi,
Nukilan tulisan dan bisikan hati,
Mencari keterangan,
Menjiwai peranan,
Menepati pesanan,
Janji juga saranan,
Alhamdulillah atas kurniaan rezeki,
Moga tidak leka dalam perjalanan ini...

Ult li albi bissaraha ( Aku membuka hatiku dengan kejujuran / I'm opening up my heart with honesty )
Hayya nab'idil karaha ( Hindarilah kebencian dan dendam / Let's avoid the hated and hatred )
Syakkireena a' kulli na'ma ( Marilah kekalkan syukur dgn apa yg kita ada / Let's remain thankful with what we have )
Ba' ideena anil fattana ( Hindarilah segala penipuan dan dosa² )

Aku yang memandang di dlm lubuk hati,
Mencari² zat rahsia yg katanya tersembunyi,
Aku yg melihat alam meliputi,
Wujud menyertai,
Lalu ku pindahkan alam ke dlm mata hati,
Aku hakiki aku mengerti,
Segala yg terjadi di langit dan di bumi,
Gunanya tiada fantasi,
Pelik dan benar,
Qada' dan qadar,
Kau berilah ku kekuatan,
Agar dapatku hindarkan segala kesesatan,
Usah kau biarkan nafsuku terliur dari pandangan majazi ini,
Aku yg bodoh lagi hina amat benar merindui,
Moga cahaya lelatu,
Tak membutakan mataku,
Semoga segala puji,
Tak ku meninggi diri,
Moga segala janji,
Dpt juga ku penuhi,
Moga dpt ku hadapi tikaman dr belakang,
Lidah setajam pisau,
Ku tidak akan risau,
Dgn dugaan cabaran
Sepanjang perjalanan,
Ku pasrah ku akur 7, 8, 6 AlhamduLILLAH Syukur!

Ult li albi bissaraha ( Aku membuka hatiku dengan kejujuran / I'm opening up my heart with honesty )
Hayya nab'idil karaha ( Hindarilah kebencian dan dendam / Let's avoid the hated and hatred )
Syakkireena a' kulli na'ma ( Marilah kekalkan syukur dgn apa yg kita ada / Let's remain thankful with what we have )
Ba' ideena anil fattana ( Hindarilah segala penipuan dan dosa² )

Sujudku pun takkan memuaskan inginku,
Utk hanturkan sembah sedalam kalbu,
Adapun ku sembahkan syukur kpd Mu Ya ALLAH,
Utk nama harta dan keluarga yg mencinta,
Dan perjalanan yg sejauh ini tertempa,
AlhamduLILLAH pilihan dan kesempatan,
Yg membuat hamba mengerti lebih baik ttg makna diri,
Semua lebih bererti apabila dihayati,
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

Jumaat, 12 Jun 2009

Keajaiban Berselawat

Nabi Muhammad SAW bersabda:

'Barangsiapa yang kesukaran pada menunaikan hajat/cita-citanya maka hendaklah dia memperbanyakkan membaca selawat untukku kerana sesungguhnya selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat.'

Tolong sebarkan kepada kawan-kawan!

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillahwaktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillahwaktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktuuntuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikanTuhan.
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menujukebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yangmenggetarkan jiwa.
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuathidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilaikeberhasilan.
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menujusyurga.

5 + 5 = 11

Sani murid tahun 2 yang agak lembab dan suka menyendiri. Cik gu yang palig dia takut ialah Cik gu Kumar, guru mate sekolahnya. Dengar suara Sir Kumar menengkig rasa nak terkencing.. . suatu hari Sir Kumar memulakan kelas dengan menguji kecekapan conggak. semua murid berdiri dan kalau tak dapat jawab, berdiri atas kerusi. semua murid mesti jawab spontan.. tak boleh kira..

bila tiba giliran Sani, Sir Kumar menengking 5 + 5 berapa ? cepat!!!!!. Sani cuba mengira secara sorok. Dia masukkan kedua-dua tangannya dalam kocek seluar. Bergerak-gerak seluarnya kerana menghintung. .. rasa nak terkencing pun ada sebab takut... Sir Kumar senyum melihat telatah Sani. Cepat Sani.. 5 + 5 berapa.. 11 cikgu... ..

Sir Kumar senggih sambil keluar kelas...

( kira jari dah cukup 10, tersilap kira 1 benda lain masa jari dalam kocek seluar, agak² apa ye?? )

Pil Viagra

Seorang wanita dalam usia awal 40an datang berjumpa doktor dengan wajah yang muram durja seraya berkata, 'suami saya begitu dingin sejak akhir-akhir ini.., saya perlukan pertolongan dari tuan'.

'kenapa puan tidak mencuba viagra ?, ia suatu penemuan hebat di abad ini!' ujar doktor tersebut.

'oh, please.. dia tak suka dengan ubatan dan pil rangsangan, dah puas saya memujuknya!'

'begini puan, puan boleh cuba tanpa disedarinya.. masukkan dalam minumannya.. dia takkan tahu sebab pil ini tiada perasa..' nasihat doktor itu lagi.

'ok,..saya akan cuba..' kata wanita tersebut sambil berlalu.

keesokan harinya datang lagi wanita tersebut dengan muka yang merah padam berjumpa doktor tersebut sambil berkata 'sungguh memalukan!..sungguh memalukan!'.

sambil terkejut doktor itu berkata '..kenapa, tak berkesankah?'

'oh tidak tuan doktor, kesannya amat semerta.. sambil minum petang semalam, saya ikut nasihat doktor.. setelah menghabiskan minuman, mukanya bertukar menjadi merah, terus menghumbankan semua isi meja ke lantai, merentap skirt saya dan mem..bla..bla..bla.. di atas meja makan itu juga !. ianya berlangsung hampir satu jam dan ini permainan yang paling hebat pernah saya rasa sejak 20 tahun lalu ..!'.

'habis.. apa masalahnya?' tanya doktor kehairanan.

'yelah.. mana saya nak letak muka dengan ibu, ayah, mertua, anak-anak dan pembantu rumah saya !!! kami sedang minum petang bersama-sama !!.

Adegan yang jarang kita lihat

Lihat koleksi gambar di STRANGE PICTURES

Jangan makan McDonald!!!!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

200 orang Palestin terbunuh akibat serangan terbaru Israel, ratusan mayat anak-anak dan orang awam berkelimpangan dijalan-jalan di kawasan terkepung Gaza, jajahan zionis laknatullah...

Masihkah anda mampu menjamah hanyirnya darah-darah ayam goreng dan meredhai wang anda membiayai pembunuhan tersebut..? ?

CELAKALAH ANDA !!Jika anda melakukan dengan sedar dan tidak merasai apa-apa...

Jika lantaran kejahilanmu meratah garingnya kulit hanyir hasil usahawan laknatullah itu, biarlah hari ini menjadi kali terakhir sumbangan anda sampai kepada pembunuh kanak-kanak itu...

Jika anda masih jahil dan terus bergelumang dengan musuh Allah dan kemanusiaan itu, ketahuilah Allah lansung tidak hajatkan duit dan keujudan anda, sehinggalah anda meratapi dan bertaubat....

Jauhilah semua perniagaan dan produk-produk zionis laknatullah..

Seboleh mungkin elakkan bekerjasama dengan penyambung nasafnya, amerika yang dicucuk hidung !!

Gagal amerika, gagallah zionis..!!!

Senarai barangan zionis
http://www.inminds.co.uk/boycott-brands.html

Tunjuk perasaan anti Israel diadakan di banyak negara seperti Indonesia, Venezuela, Turki dan sebagainya. Di Malayisa? mana boleh buat demontrasi jalanan nanti digelar berukrasi oleh Musa Hassan pulak. Jadi cukuplah kita boikot produk Israel dan mana-mana produk yang menyokong Israel.

Muzium yang lain dari yang lain

Life Museum di Thailand memang muzium yang lain dari yang lain. Sesuatu yang 18SX dan yang 18SG!!!

Untuk mengetahuinya, jom ke STRANGE PICTURES (18SX,18SG)..jangan korang kata aku tak cakap pulak..

Tanda-tanda berbohong

Bagaimana nak mengenali samada anda sedang dibohong? Tidak kira lelaki atau wanita, kalau dah kaki pembohong tu kawan baik pun digulainya hidup-hidup.Di bawah adalah tip-tip cara mengenali seseorang itu sedang berbohong..

Menyentuh hidung
Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila si dia bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya.

Menutup mulut
Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya.

Gagap
Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba gagap merupakan tanda-tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut berbohong. Jadi, jika anda bertanya pada teman lelaki/suami anda dan sidia gagap untuk menjawabnya, maka anda tahu membuat kesimpulan atas tindakannya itu.

Pergerakan mata
Orang yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu,sekiranya kelipan mata berkurangan dari kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya, ada juga keadaan dimana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip dengan banyaknya, ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yang berkemungkinan disebabkan berbohong juga. Kerlipan mata yang normal sahaja menunjukkan dirinya tidak berbohong.

Melengah-lengahkan jawapan
Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta.

Resah
Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong.

Kesimpulannya
Sekiranya kita ingin mengesan sama ada seseorang itu berbohong, kita perlu sentiasa memerhatikan air muka dan gerak badannya dengan teliti. Body language sudah boleh menunjukkan sama ada dirinya berbohong atau tidak. Sebarang perubahan dari keadaan normal mungkin merupakan tanda orang tersebut berbohong.

Lubang hidungmu tetap menjadi pujaan hatiku

Hadis Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w telah bersabda: "Apabila seseorang dari kamu bangkit dari tidur, maka hendaklah dia memasukkan air ke dalam hidung dan menghembusnya keluar sebanyak tiga kali kerana sesungguhnya syaitan tidur dalam rongga hidungnya iaitu ketika dia tidur." (riwayat Muslim)

Berikut dipaparkan tulisan kiriman dari seorang teman mengenai hidung sebagai sketsa yang merehatkan minda dan fikiran. Maaf sekiranya paparan ini mungkin menyinggung perasaan sesetengah pihak.

Tidak kiralah berapa besar lubang hidung kita atau macam mana bentuknya, kenalah kita ambil tahu sikit.

Bunga akan berkembang segar jika disirami air, dan hidung akan berkembang megah bila dipuji ye dak.

Malah ada orang jatuh cinta kerana terpesona dengan hidung seseorang.

Baca artikel penuh di ARTIKEL HANGAT

Tersirat Dan Tersurat Pada Kata² Perempuan

Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu?
Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?

Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!

Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek.
Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.

Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi: Tolong picit kepala.

Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi...
Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.

Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja.
Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?

Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik, memahami bla bla bla...
Makna tersembunyi: Hish... I rasa macam minat sesangat kat you la... Rasa macam nak jadi awek you je.

Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?
Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.

Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.
Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban.Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.

Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil.
Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.

Kalau perempuan kata:Ini motor abang ker? / kereta abang kene tarik ke...?
Makna tersembunyi:MOTOR KAPCAI BURUK ADA HATI NAK BAWAK AKU. KALAU SUPERBIKE KE OKLAH. / "ko gile nak suruh aku naik moto ni???!"

Khamis, 11 Jun 2009

Kenapa harus bersedekah semasa kesempitan ?

Kalau anda mahu jadi kaya, maka anda kena rajin menderma. Lagi kesempitan wang, lagi rajin anda menderma. Anda mesti sentiasa membantu orang lain yang memerlukan. Jadikan ia tabiat sepanjang hayat anda.

Logiknya mudah. Kalau anda mahu orang lain senyum kepada anda, maka anda senyumlah kepada orang lain. Siapa mahu memberikan senyuman yang manis mereka kepada anda kalau anda sendiri bersifat sombong?

Malangnya, ramai daripada kita melakukan sebaliknya. Kita selalu memberikan sedekah sekiranya ada lebih. Kita tidak mahu menjadikan ia sebagai satu rutin yang wajib dilakukan. Malah, lebih menakjubkan ada yang mintak duit baki selepas memberikan derma. Kita terlalu berkira kalau mahu menderma.

Tetapi kalau dalam urusan lain, tak pernah kita mahu berkira. Lebih-lebih lagi kalau ia berkait dengan hobi dan minat kita. Ini hobi bang, biarlah habis beribu-ribu pun, janji saya puas.

Dan kita memang jarang berkira kalau ia membabitkan pembelian liabiliti & doodads seperti kereta baru, barang kemas baru, baju baru, minum air kopi bernilai RM 10 secawan dan segala perkara yang bersifat bermewah-mewah.

Bukan tidak boleh bermewah, boleh, tetapi jangan lupa menderma sama. Kalau kita sanggup menghabiskan duit beratus ringgit dalam urusan lain, kenapa tidak mendermakan jumlah yang sama ke dalam tabung-tabung masjid, sekolah-sekolah dan rumah anak yatim?

Menderma bukan perkara terakhir yang kita lakukan. Ia bukan kalau ada lebihan baru buat. Sekiranya anda serius untuk membaiki kedudukan kewangan anda, baik dari sudut peribadi, keluarga dan perniaga maka jangan mengambil sikap sambil lewa dalam urusan ini.

Tak perlu tunggu nanti untuk menderma. Lakukanlah sekarang. Lagi senyap anda melakukannya lagi bagus. Tetapi ada syaratnya, ikhlas. Jangan mengungkit, dan jangan menyakiti pihak yang anda berikan duit anda itu tadi. Kalau anda tidak ikhlas mengeluarkan sedekah, maka simpanlah kembali duit anda ke dalam kocek semula. Itu adalah lebih baik.

http://www.nurhikmah.org.my/

Rahsia Wudhu'

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin."Isam bertanya, "Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu? " Hatim berkata,"Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air".

Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya ' )
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki."

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan":
1. aku sedang berhadapan dengan Allah,
2. Syurga di sebelah kananku,
3. Neraka di sebelah kiriku,
4. Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5. aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian ' Siratal mustaqim ' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.

Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Rabu, 10 Jun 2009

Barangan tiruan berjenama

Thailand memang sudah lama terkenal dengan barangan tiruan, kalau tak takkan gelaran seluar jeans siam, rolex siam dan sebagainya.

China pula yang sudah terlepas kuku komunis, kini muncul sebagai kuasa ekonomi baru dan sudah mengeksport barangan mereka ke seluruh dunia. Tu lah muncul "kedai dua ringgit" di Malaysia ni. Semua barang RM2 sahaja tetapi kalau dah barang RM2, kualitinya pun RM2 atau lebih rendah lagi.Faham-faham jer la..

Di bawah ialah contoh barangan tiruan negara China pula, lagi ganas kan..


Lihat lagi koleksi barangan tiruan berjenama dari China di STRANGE PICTURES

Lima Maksiat yang Disegerakan Balasannya

Daripada Ibnu Omar r.a. berkata: Berhadap Rasulullah saw. kepada kami (pada suatu hari) kemudian beliau bersabda; "Wahai kaum Muhajirin, lima perkara kalau kamu telah dibalakan dengannya (kalau kamu telah mengerjakannya), maka tiada kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah swt., semoga kamu tidak menemui masa itu. Perkara-perkara itu ialah:

1. Tiada terzahir (nampak) perzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani berterus terang melakukannya, kecuali mereka akan ditimpa penyakit Tha'un yang cepat merebak di kalangan mereka, dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang telah lalu.

2. Dan tiada mereka mengurangkan sukatan dan timbangan, kecuali mereka akan dibalakan dengan kemarau dan susah mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangan pepimpin mereka.

3. Dan tiada menahan mereka akan zakat harta benda kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tiada ada binatang (yang juga hidup diatas permukaan bumi ini) tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah swt.

4. Dan tiada mereka mungkir akan janji Allah dan Rasulnya kecuali Allah akan menguasakan ke atas mereka musuh mereka, maka musuh itu merampas sebahagian daripada apa yang ada di tangan mereka.

5. Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri ". (H.R Ibnu Majah)

Keterangan

Hadis di atas menerangkan bahawa:

1. Penyakit Thaun dan Aids adalah berpunca dari banyak berlaku perzinaan.

2. Kesukaran mencari rezeki dan kezaliman pimpinan adalah berpunca daripada rakyat yang mengurangkan sukatan dan timbangan.

3. Kemarau panjang adalah berpunca dari tidak megeluarkan zakat.

4. Kemampuan musuh mengambil sebahagian dari apa yang dimiliki oleh kaum Muslimin (sepeti hilangnya Tanah Pelastin dari tangan kaum Muslimin) adalah berpunca daripada mereka mengkhianati janji-ianji mereka kepada Allah swt.

5. Perang saudara yang berlaku di kalangan kaum Muslimin adalab berpunca daripada mengenepikan hukumhukum Allah swt. dan tidak mahu menjadikan Al-Quran sebagai undang-undang di dalam kehidupan.

Madah tiada helah

Seribu senyuman,
belum tentu menawan hati...

satu jelingan,
sudah cukup menimbulkan rasa benci..

membina mengambil masa,
meruntuh sekelip mata ...

untuk itu jalinkan silaturrahim kerana Dia...

Amalan Dalam Islam dan kesihatan

Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.

Baca artikel penuh di ARTIKEL HANGAT

Kekadang kita alpa, kedadang kita lupa, kekadang kita leka!!!

Teman,
Mungkin sekali kita leka..

Sekali pernah terlepas dari genggaman..
Ucapan 'Ooopps' mendahuui 'Ya Allah'..

Bila perut kenyang..
Ucapan 'Haa kenyangnya' mendahului 'Alhamduliilah'..

Bila diri terpegun akan keindahan..
Ucapan 'Subhanallah' ditutup oleh 'Wah cantiknya'..

Bila dikunjungi berita malang..
Ucapan 'Kasihannya' terucap kerana Kita lupa kepada kalimah 'Innalillah Hiwa Innalillah Hirajiuun'..

Kadangkala kita lupa kerana terbiasa..
Tapi ingatlah, Agar Izrail datang membawa berita..
Biarlah kalimah LAILAHAILALLAH menjadi juara..

Negro yang haus

Al kisah, seorang negro di Afrika sana sedang kehausan nak mati akibat tak de air kat padang pasir. Sedang dia mencari air, terjumpalah dia dengan jin padang pasir.

Berkatalah jin itu... .."aku akan tunaikan 3 permintaan kau, oleh sebab aku lihat kau dah nak KO. Aku akan tunaikannya pada kehidupan kau yang akan datang.

Negro itu pun berkata, "Pertama, aku nak jadi putih. Kedua, aku nak sentiasa kene air supaya sejuk dan tak dahaga lagi. Dan ketiga, aku nak tengok punggung wanita tanpa mereka sedar... "

Negro itu pun mati dengan tenangnya... ... ..




Pada kehidupan lain,




Negro itu telah menjadi... ... ... ... .




... ... ... ... .Mangkuk tandas toilet wanita... ... ... .

Pelik tapi cantik

Kansas City Public Library (Missouri, United States)

Ni replika buku ke apa? Yang nyata bukan ebook huhu. Sebenarnya ini ialah sebuah bangunan perpustakaan awam di tengah-tengah Kansas City (Missouri, US).



Layari lagi 50 bangunan pelik tapi cantik di dunia di STRANGE PICTURES