Khamis, 25 Jun 2009

UBAT DICARI, PENCEGAH DILUPAI


Semua manusia inginkan kehidupan yang aman dan sejahtera. Ramai yang bimbang apabila melihat peningkatan indeks jenayah di Malaysia. Apatah lagi apabila melihat saban hari di dada-dada akhbar berita berkaitan jenayah dan masalah sosial yang tidak pernah henti-henti bahkan semakin membarah dalam Malaysia.

Ianya dijangka meningkat dalam keadaan ekonomi negara dan dunia yang masih belum stabil. Apabila berlakunya masalah sedemikian, pelbagai seminar dan wacana diadakan. Ramai yang berpandangan bahawa hukuman berat mesti dilaksanakan bagi mengatasi masalah ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan