Baru tadi saya berusrah dengan ahli-ahli usrah baru dengan pendekatan yang lebih berbeza. Saya katakan kepada mereka, saya sangat suka membuat eksperimen dalam usrah. Saya suka mengkaji dan belajar tentang psikologi manusia yang pelbagai.
Maka saya akan terus dan terus berusrah dengan manusia yang pelbagai sifat dan kedudukan. Namun, belum terlintas dalam diri saya untuk berusrah sebegini pelik. Lepas solat maghrib, saya sempat menekan kekunci untuk mengunjungi beberapa blog. Dengan pelbagai berita yang baru dan menyeronokkan, saya turut terhibur bila berkunjung ke politikbanjar.blogspot.com.
Tersentuh hati saya. Ya, Allah, pelik bin ajaib. Usrah bersama dengan non-Muslim. Saya tercabar. Justeru, mulai sekarang saya akan tanamkan azam dan iltizam untuk membuat yang lebih baik dari ini insyaALLAH....
17 tahun yang lalu

Tiada ulasan:
Catat Ulasan