Jumaat, 29 Mei 2009

Coklat crispy haram?














Saya mendapat email mengenai keraguan pembaca mengenai coklat berjenama CRISPY KELUARAN SYARIKAT NETWORK FOODS INDUSTRIES SDN BHD didapati mengandungi EMULSIFIER (E476) iaitu kod lemak babi yang jelas haram di makan oleh umat Islam.

Walau bagaimana pun logo Halal tertera di belakang sampul plastik Crispy tersebut.

Saya googling dan mendapati E476 boleh terdiri dari lemak haiwan atau sayuran. E476 Coklat Crispy ni ambil dari mana ya?

Kalau was-was baik kita tinggalkan... banyak lagi benda yang halal untuk dimakan.

9 SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah - paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2 . Pendendam - tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia

5. Tamak - orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya.. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan Kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.

Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya.

So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.

Wallahualam"

Khamis, 28 Mei 2009

Gambar yang bagus dikongsi dengan anak-anak

Gambar yang harus dikongsi dengan anak-anak terutamanya yang malas belajar. Ajarlah mereka bersyukur kerana bukan sahaja cukup makan,pakaian, pelajaran malah berlebih-lebihan lagi sehingga boleh dikategorikan sebagai mewah.

Lepas tu memilih makanan, suka bermain games, hiburan sehingga pelajaran di lupakan.

Juga kepada mereka yang berasa kerja anda dah teruk, gaji kecil dan berkira-kira untuk berhenti atau tidak komited dalam tugas, tahukah anda......












Di Bangladesh, kanak-kanak di atas yang sepatutnya sedang berada di dalam kelas terpaksa bekerja untuk sesuap nasi. Setiap 1,000 biji bata yang mereka bawa mereka mendapat gaji tidak lebih dari $0.9 USD atau dit sini lebih kurang 30 sen sahaja.

Baca artikel dan gambar penuh di blog HOT PICS

Rabu, 27 Mei 2009

Kala jengking neraka

Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking.

Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.

Malaikat Jibril bertanya :
"Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?

Huraisy pun menjawab,
"Aku mahu mencari lima orang.
Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak."

Baca artikel penuh

ABC kehidupan

A : Adil pada dirimu
B : Beranikan dirimu
C : Cekalkan hatimu
D : Derma selalu
E : Elakkan pertelingkahan sesama kite
F : Fikir sebelum bertindak terburu²
G : Gembira selalu
H : hormat orang tua
I : Ingat akan tuhan
J : Jangan berdusta
K : Kasih akan daku
L : Lemah lembut amalan semua
M : Makan makanan seimbang
N : Nafsu jangan dituruti
O : Oh ! pamerkan kesempurnaan dirimu
P : Pentingkan kesihatanmu
Q : Qualiti dalam kerjaya dan tugasmu
R : Rajin berusaha
T : Tanamkan sifat bekerjasama
U : Utamakan alam sekitar
V : Variasikan pengalamanmu
W : Wajibkan amalan membaca Al-Quran
X : X-ray diri sendiri
Y : Yakin pada diri sendiri
Z : Zalim jangan sekali

Matahari tegak di atas Kaabah

Matahari akan berada tegak di atas Kaabah Pada 12.16 PM (28 Mei) atau 12.28 PM (16 Jul) waktu Mekah

Waktu di Malaysia (KL) ialah pada 5.16 PM (28 Mei) atau 5.28 PM (16 Jul)

Semasa matahari tegak di atas Kaabah seperti tarikh dan masa di atasa adalah masa paling sesuai untuk kita semak semula kiblat solat kita.

Cara semak kiblat
1. Tunggu sehingga 5.16 PM jika pada tarikh 28 Mei
2. Atau…
3. Tunggu sehingga 5.28 PM jika pada tarikh 16 Julai














Download fail penuh berkenaan dari Falak Online

INILAH SEJARAH KITA...

Ya.. Inilah sejarah Islam yang kita patut tahu dan kita bukanlah hanya pak angguk kepada orang² barat..


SIAPA SEBENARNYA ISKANDAR

Orintalis barat cukup gemar mengelirukn pemikiran umat islam.. tidakkah anda semua tahu Alexander itu seorg penakluk yg jahat melakukan penindasan dan seorg yg pemabuk jauh sekali jika yg diterangkn dalam Al-quran.

Sekarang ulama sudah sepakat bahawa Cyprus the Great adalah Iskandar Zulqarnain.. ia juga dikenali sebagai "Corres".. dia memiliki dua tanduk yg dikatakan membebaskn jajahan timur dan barat.. dia tidak zalim dan mematuhi semua agama negara yg dijajah nya.. dia juga tidak membunuh pemerintah seperti yg dilakukan Alexander the great..

Cyprus mendirikn kota yg dikenali sbg "propolis" atau lebih sebagai PBB pada masa sekarang.. tapi malangnya kota yg mampu menahan gegaran gempa 7skala rikter tu dibakar dan dimusnahkn oleh Alexander the great yang sedang mabuk ketika itu.. seluruh bala tentera alexander mengikut kehendak alexander pada waktu itu.. utk tahu lebih lanjut carilah maklumat tentang iskandar yg sebenar ini.. dia hanya lah Cyprus the great sebelum zaman Alexander the great..


ISKANDAR ZULQARNAIN PENAKLUK AGUNG

Iskandar Zulkarnain dikenali sebagai raja dan penakluk yang tiada tolak bandingnya. Di kalangan umat Islam, beliau dikenali sebagai Iskandar Agung. Manakala dalam masyarakat Barat, beliau dipanggil Alexander The Great. Namun, perbezaan nama itu menimbulkan persoalan yakni adakah kedua-dua nama itu orang yang sama ataupun tokoh yang berbeza. Persoalan ini masih belum terjawab.

Di kalangan ulama dan para sarjana, mereka berbeza pendapat mengenai perkara ini kerana terdapat beberapa perbezaan dan ketidakselarasan cerita mengenai Iskandar Zulkarnain mengikut versi Islam dan barat.Namun begitu A. Yusuf Ali, salah seorang ulama yang terlibat dalam menterjemah dan mentaksirkan al-Quran ke dalam bahasa Inggeris, menyimpulkan bahawa Iskandar Zulkarnain yang disebut dalam Quran dan sejarah Islam sama dengan Alexander The Great di barat. Perbezaan nama itu timbul kerana Raja Iskandar Zulkarnain menguasai empayar yang luas melangkaui dari benua Eropah sampai ke Timur Jauh.

Beliau memerintah dua kerajaan dunia iaitu Timur dan Barat. Iskandar Zulkarnain pernah memimpin bala tentera ke Parsi, India, Bulchistan, dan Asia Tenggara. Malahan pernah belayar mengelilingi Semenanjung Tanah Melayu dan singgah di kota Medang Kamulan timur yang terletak di Kelantan.Di Medang, Iskandar Zulkarnain merancang untuk menguasai seluruh Kepulauan Melayu. Menurut catatan sejarah, Iskandar Zulkarnain berada Pulau Jawa selama 20 tahun untuk tujuan berdakwah. Setelah itu, beliau memimpin angkatan tenteranya menuju ke China. Kedatangannya mendapat tentangan yang hebat daripada Maharaja China. Tetapi bala tentera Iskandar Zulkarnain terlalu kuat dan akhirnya tentera China menyerah kalah.Maharaja China terpaksa menyerahkan bahagian timur Wilayah Shensi kepada Iskandar Zulkarnain.

Beliau telah melantik seorang gabenor dan menamakan wilayah itu ‘Shang’ iaitu dari sebutan Cina ‘Yaksan’, nama asal Iskandar Zulkarnain. Selepas berjaya menguasai sebahagian wilayah Shang, China, Iskandar Zulkarnain meneruskan misi penaklukan ke negara Korea sebelum menyeberang ke Kepulauan Jepun. Dengan itu, tercapailah hasrat Iskandar Zulkarnain untuk sampai ke negara matahari terbit iaitu tempat yang paling hujung di sebelah timur.Di setiap negara yang ditaklukinya, Iskandar Zulkarnain telah mengambil kesempatan untuk menyebarkan agama Nabi Ibrahim.

Hampir tiga perempat dan penjuru dunia telah dijejaki oleh Iskandar Zulkarnain. Perihal ini ada disebut dalam al-Quran bahawa Iskandar Zulkarnain telah sampai ke negara matahari jatuh iaitu Norway dan terbit yakni Jepun. Sebab itulah beliau digelar “Zulkarnain” yang dalam bahasa Arab membawa pengertian “yang mempunyai dua tanduk”.

Dua tanduk itu merujuk kepada dunia barat dan timur. Iskandar Zulkarnain dipercayai hidup lebih 3500 tahun yang lalu.Mengikut kitab Sulalatus Salatin, raja-raja Melayu merupakan keturunan Iskandar Zulkarnain. Ramai pengkaji sejarah meragui hubungan tersebut dan menyifatkannya sebagai percubaan penulis kitab itu untuk mengangkat martabat dan menunjukkan kehebatan serta kemuliaan raja-raja pada zaman dahulu. Sesetengah pula yang menyifatkannya sebagai mitos yang sengaja diadakan. Begitu juga legenda mengenai Iskandar Zulkarnain sengaja diperbesar-besarkan.Mengikut legenda barat, Raja Iskandar Agung pernah membina tembok gerbang besi bagi menyekat Yakjuj dan Makjuj yang lari ke sebuah gunung. Tujuannya ialah untuk mengelakkan kedua-dua makhluk ini daripada membuat onar dan mencetuskan huru-hara.

Gerbang besi ini kononnya pernah ditemui oleh seorang pengembara China pada kurun ke-7 Masihi. Pengembara yang bernama Hiouen Tsiang menjumpai gerbang itu ketika dalam perjalanannya ke India. Beliau hanya menemui dua daun pintu yang diperbuat daripada besi dan digantung dengan loceng-loceng. Pintu gerbangnya sudah tidak wujud lagi. Keadaan ini mungkin disebabkan gerbang besi itu telah dirobohkan oleh orang-orang Monggol yang keluar menjelajah ke barat. Tembok gerbang besi itu dipercayai terletak di sebuah daerah yang bernama Hissar iaitu lebih kurang 150 batu dari Bukhara.Kisah Iskandar Zulkarnain turut disebut secara tidak langsung dalam kitab Injil. Iskandar Agung atau Alexander The Great dibayangkan sebagai seorang raja yang gagah perkasa dan memerintah jajahan yang besar. Namun empayar jajahannya musnah selepas kematiannya. Josephus, seorang ilmuwan yang berbangsa Yahudi-Palestin yang hidup hampir sezaman dengan Nabi Isa a.s. pernah menulis secara panjang lebar mengenai lawatan Iskandar Zulkarnain ke Juruselam dan Baitul Mukaddis yang menjadi kota suci kepada orang-orang Yahudi, Nasrani, dan Islam.Baitul Mukaddis pernah diperintah oleh Nabi Sulaiman dan Nabi Daud.



Selepas kewafatan kedua-dua nabi tersebut, orang Yahudi berbalah sesama sendiri dan menyebabkan kota itu jatuh ke tangan Iskandar Zulkarnain. Selepas Iskandar Zulkarnain meninggal dunia, Baitul Mukaddis jatuh pula ke tangan beberapa kuasa seperti Rom, Parsi, dan Islam. Sehingga ke hari ini, Baitul Mukaddis masih menjadi rebutan di kalangan orang-orang Islam, Yahudi, dan Nasrani dan menyebabkan pergolakan di Palestin masih menjadi isu yang tidak kunjung selesai.Yang lebih menarik dan pelik mengenai Iskandar Zulkarnain ialah beliau dikatakan pernah berguru dengan Aristottle, anak murid Plato, ahli falsafah Yunani yang terkenal. Justeru itu, timbul persoalan apakah Aristottle merupakan seorang yang beragama Islam kerana tidak mungkin bagi Iskandar Zulkarnain yang menganut ajaran Nabi Ibrahim mempelajari sesuatu yang bertentangan dengan akidah dan kepercayaannya.

Bukan sekadar itu, Iskandar Zulkarnain juga dikatakan memperturunkan zuriatnya di Asia Tenggara, India, dan Parsi. Di antaranya ialah “Bharata” yang lahir di Pulau Jawa. Daripada “Bharata” pula lahir Anushirwan yang menjadi Raja Parsi dan turun kaum Pandawa serta Kaurawa dalam abad pertama Masihi.Nampaknya terdapat usaha daripada pelbagai bangsa dan kaum untuk menghubungkan keturunannya dengan Iskandar Zulkarnain.

Jadi sudah tentu Iskandar Zulkarnain merupakan seorang tokoh dunia yang begitu hebat sehingga namanya disebut hampir dalam kebanyakan peradaban besar dan utama dunia. Setiap bangsa dan peradaban mempunyai panggilan yang tersendiri terhadap Iskandar Zulkarnain. Mereka cuba menampilkan sifat-sifat Iskandar Zulkarnain mengikut acuan serta nilai masyarakatnya. Oleh hal yang demikian, bukan suatu perkara yang menghairankan kalau Iskandar Zulkarnain mempunyai nama dan panggilan yang lain selain daripada Iskandar Agung dan Alexander The Great. Hal ini kerana pada hakikatnya kedua-duanya merupakan orang dan tokoh yang sama.

Selasa, 26 Mei 2009

SEJARAH TELAH DI PUTAR BELITKAN OLEH ORANG² BARAT

Hakikat sebenar Raja Iskandar Zulqarnain adalah pemerintah yang agung..
Namun dek kerana kebodohan kita yang terlampau tunduk dengan kuasa barat, maka kita mengiakan saja fakta² yang di nyatakan oleh mereka..

Kita pun dengan sengaja dan tidak sengaja telah melenyapkan seorang pahlawan atau seorang raja yang agung dalam sejarah Islam kita..


ZULQARNAIN RAJA YANG AGUNG

Zulqarnain seorang yang beriman sebagaimana yang disebutkan dalam al-Quran sedangkan Alexander seorang yang kufur. Zulqarnain hidup lebih awal daripada Alexander. Masyhurnya Iskandar Zulqarnain ini menyebabkan banyak raja-raja selepasnya menggunakan nama Iskandar/ Alexander termasuklah Alexander the Great dari Macedonia (Maquduniah) itu. Raja-raja Melayu sendiri banyak yang menggunakan nama Iskandar. Bahkan secara peribadi saya memandang nama ‘Rajendra’ yang digunakan oleh beberapa orang raja di India tidak lain ialah ‘Alexander’ ataupun ‘Iskandar’. Yang paling terkenal ialah Rajendra 1 (Raja Suran) dari Kerajaan Chola yang berjaya menakluk Tanah Melayu termasuklah kerajaan Gangga Negara di Perak.
Saya memilih pemerintah Parsi kuno sebagai Zulqarnain iaitu antara Maharaja Cyrus (Korsh/ Kursh) ataupun Darius (Dara) , tapi bukan Maharaja Dara yang berperang dengan Alexander Macedonia. Kajian menunjukkan empayar Parsi kuno ini antara empayar yang paling luas pernah wujud di muka bumi, melebar dari Barat (Eropah dan Afrika) hingga ke Timur (China dan Jepun).
Bukti-bukti menunjukkan perjalanan Alexander Macedonia tidak sampai pun ke negara China, paling jauhpun di pinggirnya saja, kemudian dia menemui maut dalam usia yang muda. Alexander juga tidak membina apa-apa benteng sedangkan Zulqarnain membina benteng kukuh antara gunung (yang saya percaya binaan awal Tembok Besar China sebelum disambung hingga menjadi beribu-ribu kilometer kerana memang ada bahagian tembok itu berteraskan logam bersalut tembaga di sebelah dalamnya) untuk menyekat kaum Yakjud Makjud (bangsa-bangsa gusar di utara China).
Sumber-sumber Barat tentang Alexander Macedonia tidak menyentuh tentang pembinaan benteng. Namun Barat mula menyentuhnya apabila mereka menyedari wujudnya cerita benteng Zulqarnain dalam al-Quran.
Zulqarnain membawa agama tauhid yang saya yakini sebagai agama Zoroaster (Zarathustra yang kemudiannya terseleweng hingga menjadi agama Majusi yang menyembah api . Agama inilah yang bertapak kukuh di Parsi kuno. Ada juga pendapat mengatakan beliau membawa agama Nabi Ibrahim ataupun agama peninggalan Nabi Nuh.
Agama Zoroaster dikatakan membawa pemahaman wujudnya Tuhan baik yang diseimbangkan dengan tuhan jahat. Berkemungkinan perkara ini menghasilkan pemahaman yin dan yang di China.
Salah seorang penasihat utama Alexander ialah Aristotle (Aristun Syah) . Hingga kini agama Aristotle masih diragukan sungguhpun dia dan guru-guru sebelumnya seperti Socrates dan Plato nampak tidak sealiran dengan pemerintah dalam isu ‘sembahan’. Mereka lebih kepada ahli falsafah berbanding Nabi ataupun seorang yang menganut agama tauhid. Penasihat Zulqarnain yang masyhur pula ialah Nabi Khidhir, yang jelas-jelas bertauhid.
Beberapa pengkaji berpendapat ‘Barat’ yang terkenal dengan sikap suka memanipulasikan sejarah itu memainkan peranan penting untuk men’Zulqarnain’kan Alexander Macedonia. Mereka cukup sakit hati jika apa-apa kelebihan memihak kepada ‘Timur’ termasuklah dalam hal Zulqarnain. Barat mahu Alexander Macedonia diyakini semua orang sebagai Zulqarnain dalam Quran. Quran dengan bijaknya menyanggah hal itu apabila menyanjung keagamaan Zulqarnain yang jauh berbeza dengan ‘keliaran’ Alexander Macedonia.
Lihat sajalah filem Alexander keluaran Barat, ‘diwarnakannya’ rambut Zulqarnain dengan warna perang. Padahal sisa-sisa bukti yang ada menunjukkan Zulqarnain berambut hitam. Namun dalam hal ini ada kekecualian. Boleh jadi memang filem itu hendak menceritakan Alexander the Great dan bukannya Iskandar Zulqarnain al-Quran.
Rom dan Parsi saling beralih kuasa pemerintahan (pentadbiran dunia digilir-gilirkan antara Timur dengan Barat). Kedua-duanya ada raja yang bernama ataupun bergelar Iskandar. Rom pastinya iri hati dengan Iskandar Zulqarnain Parsi yang gah suatu waktu dahulu. Atas sebab itu Rom (Barat) mahu membuktikan Iskandar merekalah yang paling agung. Seboleh-bolehnya mereka mahu menutup kisah Iskandar Zulqarnain dari Parsi. Sekali lagi Quran begitu bijak menyanggah hal ini dengan menyebut tokoh ini sebagai ‘Zulqarnain’ sahaja tanpa ‘Iskandar/ Alexander’. ‘Zulqarnain’ hanya ada di Parsi dan bukan di Rom (ketika itu berpusat di Macedonia). Saya ada menyimpan satu artikel lama (lebih kurang 20 tahun dulu) yang saya koyak dari sebuah akhbar (rasanya Utusan ataupun Berita Harian) tapi kini entah di aman. Penulisnya berpendapat Zulqarnain ialah anak Nabi Ibrahim daripada isteri(gundik)nya iaitu Qanturah/ Ketura. Anak inilah yang berguru dengan Aristotle. Penulis cenderung untuk mengakui keimanan Aristotle, Plato dan Socrates.
Pada saya, pandangan ini tidaklah kukuh. Sebagaimana yang kita maklumi, Iskandar/ Alexander yang berguru kepada Aristotle ialah anak Raja Phillips (Filaqus), bukan anak Nabi Ibrahim. Tentang keimanan ketiga-tiga tokoh falsafah itu, tidaklah kiat ada maklumat yang selengkapnya.
Menurut buku ‘Lelaki Misteri Dalam Al-Quran-Iskandar Zulkarnain’, banyak ulama dan sejarahwan menyokong Alexander the Great sebagai Zulqarnain tetapi semakin hari semakin ramai yang menolaknya termasuklah Ibnu al-Qayyim, Imam Bukhari, Ibnu Taimiyyah dan Sayyid Qutb.

ALEXANDER ADALAH ISKANDAR ZULQARNAIN ???

Benarkah sejarah menyatakan Alexander The Great adalah Raja Iskandar Zulqarnain???
Malahan ramai para ulama dan sejarawan² dunia mengakui kebenaran sejarah yang kita sendiri tidak tahu pun kebenaranya..
Sebenarnya banyak fakta² yang kita tidak boleh menerima Alexander The Great adalah Raja Iskandar Zulqarnain, tapi siapa sebenarnya Alexander??
Yang nyatanya dia bukanlah Iskandar Zulqarnain..


Alexander The Great mengingatkan aku kepada filem Alexander yang diarahkan oleh Oliver Stones.Seorang pengarah yang Kontroversi.Ditangan Oliver, Alexander digambarkan seorang Biseksual,gila kuasa, penyembah Dewa-dewi, dan lemah pendirian.Segala tindak-tanduknya dibawah kawalan ibunya,Olivia.Alexander mengikut acuan barat adalah seperti berikut:
Alexander adalah anak kepada Raja Philips II yang memerintah Macedonia. Setelah bapanya terbunuh Alexander menjadi raja.Seterusnya memulakan penaklukan dengan memusnahkan Empayar Parsi di bawah pemerintahan Darius I.Penaklukan diteruskan sehingga meliputi Asia Barat, Tengah, dan Asia Selatan.Alexander gagal memasuki India setelah angkatannya musnah di tangan Raja Chola.Kemuncaknya, Alexander di bunuh dengan racun oleh Pengikut-pengikutnya.Hayatnya terhenti pada usia 33 tahun.Ironiknya, Alexander diabadikan dalam Sejarah dunia sebagai Penakluk Agung.Sejarahwan Barat menerima bulat-bulat lagenda ini sebagai sejarah.

Alexander the Great bukanlah ciri-ciri raja yang disebut dalam Al-Quran.Sebaliknya Iskandar Zulkarnain adalah Raja yang soleh, menyembah Tuhan yang Esa.Namun, Al-Quran tidak menceritakan siapakah Manusia istimewa ini secara menyeluruh.Menurut Sejarahwan Islam,Iskandar Zulkarnain adalah sekadar nama.’Zulkarnain dalam bahasa Arab bermaksud 2 tanduk.2 tanduk ini adalah simbolik kepada raja yang berjaya menyatukan Timur dan Barat.Adalah dipercayai,Khurosh Komeni, raja Parsi adalah Manusia yang memenuhi ciri-ciri yang disebutkan oleh Al-Quran.Khurosh adalah raja kerajaan Myra yang bermusuhan dengan kerajaan Himyar.Dan Khurosh berjaya menyatukan kedua kerajaan ini menjadi satu empayar yang luas.Khurosh juga dikatakan penyembah Zoster, iaitu menyembah agama yang satu.Khurosh juga dikatakan memulakan penaklukkan dari Timur ke Barat dalam usahanya meluaskan kuasannya.Ketika ini beliau telah bertemu dengan golongan barbar yang di ancam dengan Yakjuj dan Makjud.Ketika ini, Khurosh mengarah satu tembok dibina bagi menghalang kemaraan makhluk ini.Khurosh juga dikatakan berkawan rapat dengan Nabi Daniyel yang juga dipercayai sebagai penasihat beliau.Dan apaling utama Khurosh telah membuat dekri berkaitan Hak asasi manusia yang mana Khurosh menamatkan konsep perhambaan.Dekri ini boleh ditemui di British Muzium.

Sesungguhnya perdebatan siapakah Iskandar Zulkarnain tidak ada penghujung.Hanya Allah yang Maha mengetahui segala-galanya.Siapapun Beliau, Allah telah memberi kuasa dan pemerintahan yang luas.Hanya Allah yang mengetahui segala-galanya.