Selasa, 7 Julai 2009

Kapal terbang terbesar di dunia

Kapal terbang terbesar di dunia ialah kapal terbang kargo Antonov AN-225 dengan panjang sayapnya ialah 291 kaki. Ia mampu membawa terbang muatan sehingga 1,411,000 pounds!

( Sory... Gambar xbleh nak upload lg la... )

Korang layan la kt sni lau nak tengok koleksi gambar penuh..

STRANGE WORLD

6 jenis penyesalan

1. Penyesalan 1 jam
*Salah naik Bas...
(sesat entah Kemana)

2. Penyesalan 1 hari
*Salah masak.
(nasi menjadi bubur...kena makan di kedai la jawabnya tak pun masak meggi )

3. Penyesalan 1 minggu
*Salah makan.
(Keracunan sampai masuk hospital)

4. Penyesalan 1 bulan
*Salah potong rambut.
(Senget tak sama panjang)

5. Penyesalan 1 tahun
*Tidak naik kelas.
(Malunya setahun woo!)

6. Penyesalan seumur hidup
*Salah kawin..
( huhuhuhu.... )

Isnin, 6 Julai 2009

Motor buaya

Bukan kisah Mat Rempit dan bohsianya, ini real punya buaya yang di"motor"kan..

( maaf ye.. xbleh nak upload picture la kat sini arini... ada problem skit... )

Jadi korang tengok Koleksi gambar penuh di blog :-

STRANGE WORLD

Khamis, 2 Julai 2009

Pengemis dan isteri yang cun

Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan. Diruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.''Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah.

Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isterinya yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain. Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan. Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis, si isteri menangkup muka sambil menangis.

Si isteri mengadu, si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulu pernah menengking seorang pengemis . Suami yang baru itu menjawab dengan tenang : ''Demi ALLAH ,akulah pengemis yang dihalau dan ditengking itu .

RASULULLAH S.A.W Bersabda: ''Sedekah itu dapat menutup 70ribu kejahatan''.

Anas Malik pula meriwayatkan bahawa NABI MUHAMMAD S.A.W ada bersabda yang bermaksud ; ''Barang siapa mempunyai harta, maka bersedekahlah dia dengan kekayaanmu. Barang siapa yang mempunyai ilmu, maka sedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga bersedekahlah dengan tenaganya''.

p/s: CERITA INI MEMBERI PENGAJARAN BAHAWA HIDUP KITA SEPERTI PUTARAN RODA DAN TIDAK SELALUNYA DI ATAS .ADA MASA DAN KETIKANYA KITA AKAN TURUN DAN KE BAWAH DAN NAIK SEMULA ATAU SEBALIKNYA .

Perisian terjemah Alquran dalam Word

Terima kasih kepada pembina perisian ini, semoga mendapat pahala setiap kali ada orang yang membacanya.

Perisian Al-Quran 30 juzuk beserta maknanya di dalam Bahasa Malaysia dan dipasang di Microsoft Word.

>>Download AlquranInWordMalay<<

7 Eleven menjawab isu nasi lemak

7 Eleven menjawab berkenaan info nasi lemak baru² ini...
http://disebaliknyakebenaran.blogspot.com/2009/06/nasi-lemak-7-eleven.html

Assalamualaikum/Salam Sejahtera

Di sini kami ingin memaklumkan kepada anda bahawa kenyataan di dalam E-mail tersebut adalah tidak benar. Untuk pengetahuan anda, kesemua Vendor kami mempunyai sijil HALAL yang keluarkan oleh badan berkanun.

1. Café Decoral Sdn Bhd- No sijil Halal adalah : IFRC/HE/0086/06 Halal oleh Islamic Foods Research Centre (IFRC) yang diiktiraf oleh World Halal Council (WHC). (premis terletak di Seri Kembangan, Selangor)

2. Sarifah Enterprise- Keluaran Bumiputera sepenuhnya. (Terletak di Bukit Belacan)

Oleh itu kenyataan yang di keluarkan adalah fitnah belaka. Jika anda perlu sebarang penjelasan dan pertanyaan sila hubungi nama yang tertera dibawah:~
1. Encik Norman b. Ismail (Manager Food Service) - 016-3117 589.
2.Encik Khairizal b. Ariffin (Eksekutif Food Service) - 016-2130 674.
3. Encik Syed Ahmad Rifa’I (Officer, Food Service) – 016-3117 535.

Di sini juga saya sertakan bukti berupa gambar-gambar dan sijil Halal yang telah diperolehi daripada pihak Café Decoral untuk rujukan anda.

DOWNLOAD DI SINI

Terima kasih

Best regards,
Syed Ahmad Rifa’I Al Yahya bin Syed Bakar
(Merchandising-Food Service)
7-Eleven Malaysia Sdn. Bhd.
syed@7eleven.com.my

*Info dari isuhangat.

Selasa, 30 Jun 2009

Orbit dalam Al-Quran

Ketika menerangkan mengenai bulan dan matahari dalam Al-Qur'an, ianya ditekankan bersama bahawa setiap satunya mempunyai laluan orbit tertentu;

"Dia yang menjadikan malam dan siang, matahari dan bulan, setiap mereka berenang di falak (tempat peredarannya)." (Surah al-Anbiya; 33)

Dalam ayat lain dinyatakan juga bahawa matahari sebenarnya bukan objek yang statik tetapi juga mempunyai orbitnya tertentu;

"Dan matahari beredar di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan yang maha Perkasa dan maha Mengetahui." (Surah Yaasin;38)

Fakta yang dikemukakan dalam Al-Qur'an ini telah ditemui melalui pemerhatian astronomi hari ini. Berdasarkan kepada kiraan pakar-pakar astronomi, matahari bergerak dalam kelajuan yang besar selaju 720, 000 km sejam mengarah ke bintang Vega dalam satu orbit tertentu dalam sistem Solar Apex. Ini bererti matahari bergerak sejauh 17,280,000 km sejam secara anggaran. Bersama-sama dengan matahari, dan semua planet dan satelit yang berada dalam lingkungan sistem graviti matahari (sistem solar) juga turut bergerak pada jarak yang sama. Sebagai tambahan, semua bintang dalam alam semesta adalah berada dalam satu persamaan pergerakan yang telah ditentukan.

BACA ARTIKEL PENUH