Isnin, 29 Jun 2009

Datuk Allahyarham Sudirman



Gelaran Datuk kepada Arwah sebenarnya tidak memberi sebarang makna kepada beliau. Baik ramai-ramai kita sedekah Al-fatihah kepada Allahyarham Sudirman semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
Teringat lagu 'ding ding galey' yang menjadi nyanyian semasa kecil dulu.

PEKAN: Penyanyi Allahyarham Sudirman Arshad hari ini dianugerahkan Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang membawa gelaran "Datuk" sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-78 Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pada 24 Okt tahun lepas.
Anugerah yang disampaikan oleh Sultan Ahmad Shah dalam satu istiadat di Balairong Seri Istana Abu Bakar di sini diterima oleh kakak sulung penyanyi itu, Datin Rodziah Arshad.

Sudirman, anak kelahiran Temerloh, meninggal dunia pada 22 Februari 1992 pada usia 37 tahun.
Rodziah ketika ditemui pemberita melahirkan rasa terharu di atas penghargaan itu.
"Walaupun Allahyarham telah lama tiada, namun anugerah ini melambangkan beliau masih diingati dan dihargai sehingga kini," katanya.

Katanya beliau bercadang untuk menyerahkan anugerah darjah berkenaan ke Muzium Tokoh di Kuantan dan akan membincangkannya dengan ahli keluarga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan