Tanggungjawab ibubapa mendidik anak-anak bermula dari buaian hingga ke liang lahad. Dibawah ini disertakan 1-11 perkara yang perlu ibubapa lakukan untuk menjadikan anak-anak soleh dan solehah. Adalah menjadi kewajipan ibubapa membentuk keluarga Islam supaya menjadi role model kepada anak-anak apabila mereka dewasa kelak.
1. Cinta Dan Taatkan Allah, Rasul, Al-Quran, Ibubapa, Keluarga Dan Negara.
Ibubapa bertanggungjawab sepenuhnya menyemai, mengasuh dan membimbing anak-anak supaya mencintai Allah dan Rasulnya. Sifat cinta kepada Allah dan Rasul mestilah mengatasi cinta kepada makhluk yang lain. Ini dijelaskan oleh sabda rasulullah s. a. w.
Maksudnya : “Seseorang muslim dijamin akan mendapat kemanisan iman sekiranya terdapat pada dirinya tiga perkara berikut. Hendaklah Allah dan Rasulnya lebih ia cintai daripada selain keduannya, hendaklah ia tidak mencintai seseorang melainkan semata-mata kerana Allah dan hendaklah ia benci untuk menjadi kufur sebagaimana ia benci untuk dicampakkan ke dalam api neraka”.
Riwayat Bukhari & Muslim
Imam at-Tabrani meriwayatkan dan Ali r. a. bahawa Nabi s. a. w. bersabda:Maksudnya : “Didiklah anak-anak kamu pada tiga perkara iaitu mencintai Nabi kamu, mencintai ahli baitnya dan membaca Al-Quran. Sebab orang-orang yang memelihara Al-Quran itu berada di dalam lindungan singahsana Allah pada hari yang tidak ada perlindungan selain perlindunganNya beserta para nabinya dan orang-orang yang suci”.
Riwayat Ad-Dailami
Di dalam buku Ihya ‘Ulumiddin Imam Al-Ghazali mewasiatkan supaya mengajar anak-anak Al-Quranul Karim, hadis-hadis Nabi, hikayat orang-orang alim dan beberapa hukum-hukum agama.
Maka apabila perasaan cinta kepada Allah dan RasulNya telah tertanam di dalam jiwa anak-anak, ibubapa mudah untuk mendidik dan menyuruh mereka mentaati segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya terutamanya cinta dan taatkan Al-Quran, ibubapa keluarga dan pemimpin negara.
BACA ARTIKEL PENUH
17 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan