Rabu, 17 Jun 2009

Rumah lain dari yang lain

Kalau manusia, fesyen rambut boleh membuatkan lain dari yang lain, sebab tu rambut remaja dan yang tak berapa nak remaja tu buat fesyen yang pelik-pelik yang kucing pun tak sanggup nak buat.

Kalau pakai tudung kan senang, tak payah nak berfesyen-fesyen sangat.. untuk perempuan la, kalau lelaki nak pakai tudung juga apa kejadahnyakan? Tapi.........tudung pun pelbagai fesyen juga, kalau tudung macam budak sekolah pakai tu jarang sangat dah jumpa perempuan pakai tudung jenis ni. Old fashion katanya.. paling sangkak pun tudung macam cerita Indonesia tu, senang dipakai,ringkas dan pendek hohoho. Kalau tudung bawal makin nipis makin mahal tau ...makin nampak telinga tu makin ada klas gitu....

Setau saya, yang Nabi suruh ialah tudung yang menutup dada, berwarna yang tak menarik macam kelabu,hitam,coklat .. tapi diaorang kata...ooiii tu tudung orang tualah! Entahlah..korang fikirlah sendiri!

Tapi yang ni saya nak tunjukkan gambar² bumbung rumah yang sememangnya lain dari yang lain, sebenarnya tak kisah la kita nak buat ape pun kat rumah kita, orang kata rumah ku syurga ku.. tapi lau dah sampai tahap macam ni punya bumbung, Yusof Haslam pun tak berani nak buat.. huhuhu...

Lihat gambar² rumah di STRANGE PICTURES

Tiada ulasan:

Catat Ulasan