Jumaat, 5 Jun 2009

Mee Bandung

Untuk beberapa tahun, Ahmad Suffian telah mengadakan hubungan sulitdengan orang gajinya,Sutina ...Suatu hari, Sutina memberitahu AhmadSuffian yang dirinya mengandung ...

Ahmad Suffian yang tidak mahu merosakkan perkahwinannya, telahmengambil keputusan untuk menghantar Sutina balik ke Bandung untukmelahirkan anak mereka di sana ...

Beliau berjanji akan menanggung segala kos untuk anak tersebutsehingga anaknya nanti berusia 18 tahun ...

Supaya rahsia mereka berdua tidak terbongkar, Ahmad Suffian menyuruhSutina supaya menghantarkan sekeping poskad dengan menulisperkataan "Mee Bandung" dibelakangnya setelah anak mereka lahirnanti .. Ahmad Suffian akan menguruskan segala perbelanjaan untukanaknya setelah mendapat poskad itu nanti ...

Suatu hari, 9 bulan selepas itu, ketika Ahmad Suffian pulang darikerja, isterinya Norzalina menegur Ahmad Suffian dengan muka yangkeliru ...

"Bang ... abang dapat poskad yang peliklah hari ni," kata Norzalina.

"Oh, tak pe ... bagi poskad tu kat Abang. Nanti abang jelaskan,"kata Ahmad Suffian.

Norzalina pun memberi poskad itu kepada Ahmad Suffian dan melihatAhmad Suffian membaca poskad tersebut, sebelum muka Ahmad Suffianbertukar menjadi biru, ungu dan terus pengsan!!

Poskad itu berbunyi ...

"Mee Bandung, Mee Bandung, Mee Bandung, Mee Bandung - 2 ada telur, 2tiada telur. Tolong hantarkan kuah lebih ya!"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan